✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Wednesday, September 2, 2015

cuti semester 4 bersama sahabat sejati ku












Pulau Pandan Kota Belud :)

Sunday, March 22, 2015

21.03.2015 Cousinku kawen duluuuu


Congrats Jia & Jidan
Kg Pimping Membakut Sabah








Friday, December 12, 2014

Ribut Greek Keningau 1996


Keningau, Tanggal 26 Disember 1996 merupakan satu titik hitam yang pernah menggemparkan seluruh rakyat di Malaysia. Ia berikutan satu tragedi bencana alam yang paling dahsyat direkodkan pernah berlaku di negara ini.

Mengimbas kembali kejadian ini, bencana alam tersebut yang digelar Ribut Tropika Greg telah menyebabkan keseluruhan daerah di Keningau,Sabah terjejas teruk. Akibat serangan ribut maut ini, ia telah mencatatkan angka korban paling tinggi dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia. Difahamkan, lebih 200 mangsa meninggal dunia manakala 102 lagi gagal dikesan sehingga hari ini.

Mengikut kronologi tragedi berkenaan, serangan ribut taufan yang menakutkan itu telah melanda daerah Keningau selama lima jam, bermula 1.00 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi. Dalam tempoh tersebut, kawasan bencana dikatakan mengalami hujan lebat berterusan dan tiupan angin sehingga 80 kilometer sejam.

Ekoran keadaan itu, sungai-sungai di sekitar daerah berkenaan seperti Sungai Pampang, Bayayo, Liawan serta Senagang mulai melimpah. Justeru, ia telah menyebabkan sembilan buah kampung ditenggelami air, sekali gus memusnahkan 500 buah rumah penduduk berhampiran tebing sungai. Kesan daripada kejadian itu, dianggarkan kira-kira 3000 orang penduduk di daerah tersebut hilang tempat tinggal.

Paling teruk dilaporkan adalah tiga buah kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang, Limbawan dan dan Batu Satu yang lenyap dalam sekelip mata setelah ditelan arus deras berlumpur.

Pada masa yang sama, laluan utama dari daerah Keningau ke Kota Kinabalu juga terputus hubungan ekoran dua buah jambatan utama yang terletak di Sungai Liawan dan Pegalan roboh selepas dihanyutkan arus deras. Dalam pada itu juga, sebahagian bukit berhampiran Gunung Emas di Tambunan runtuh lalu menutup jalan raya yang menghubungkan laluan dari ibu negeri ke Tambunan dan Keningau.

Operasi menyelamat dan mencari mangsa segera dilakukan sebaik ribut berakhir sekitar pukul 6:30 pagi. Pada hari pertama pasukan pencari dan penyelamat telah mengesahkan seramai 107 orang disahkan terkorban manakala 150 lagi masih hilang. Kesemua jumlah mayat mangsa dijumpai sepanjang tebing empat sungai di sekitar daerah berkenaan.

Saat itulah, pelbagai pemandangan ngeri dan menyayat hati jelas kelihatan di sekitar kawasan bencana. Ia amat sukar untuk digambarkan lebih-lebih lagi apabila melihat mayat mangsa yang ditemui cukup mengerikan. Dipercayai, kesemua mansa yang terkorban sedang tidur ketika bencana alam itu melanda.

Pada hari seterusnya, operasi tersebut berjaya menemui 15 mayat mangsa tragedi tersebut. Bagaimanapun, jumlah penemuan mayat kian meningkat pada hari-hari berikutnya dan statistik angka korban bertambah dari semasa ke semasa.

Selepas lebih dua minggu operasi mencari dijalankan, akhirnya ia dihentikan pada 12 Januari 1997. Dalam jangka masa tersebut, lebih 200 angka korban direkodkan manakala 102 lagi diklasifikasikan hilang sehingga kini.

Berdasarkan siasatan lanjut yang dilakukan mendapati, tragedi ribut tersebut dipercayai berpunca akibat pemanasan global. Kebiasaannya, fenomena ini berlaku disebabkan aktiviti penebangan hutan dan pelepasan gas rumah hijau yang tidak terkawal itu menjejaskan proses kitaran alam yang mulai berubah dan menyebabkan pelbagai bencana alam yang sukar dijangka.

Mengikut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca pada ketika itu, tragedi ribut tersebut berlaku selepas kehadiran tiupan angin tropika dari arah Laut China Selatan yang berkelajuan 50 hingga 70 kilometer sejam menghala ke pantai barat Sabah dan utara Sarawak.

Sebelum kejadian ribut ini berlaku, lokasi bencana dikatakan mengalami hujan lebat sejak awal pagi 24 Disember 1996 dan berterusan sehingga ribut berkenaan berakhir pada pagi dua hari kemudian . Infiniti.

p/s : subhanallah. Semua ni terjadi dengan kehendak Allah swt .

Friday, December 5, 2014

We Are Young


One of the most beautiful qualities of true friendship is to understand and to be understood!








Sunday, July 13, 2014

My sibling



Haji Ag Talip & Hajah Sitinah Gilom

Ag. Taufick
Dg. Halinah
Md. Harris
Dg. Hamidah
Dg. Hanimah
Dg. Hasmah
Dg. Haslindah
Dg. Harinah
Dg. Haslinah
Md. Ali

Sunday, October 6, 2013

:: Classmate ku ::


MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2013/2014
05 SEPTEMBER 2013 MENINJAU TAPAK PROJEK 
BERTEMPAT DI DEWAN BALAI RAYA KG LANGKAWIT PAPAR SABAH
PROGRAM BAKTI SISWA UMS
FINAL EXAM - INTERIM











*program ini akan berlangsung pada 24hb september 2013. perjalanan program ini akan saya update dari masa ke semasa. terima kasih.







Wednesday, September 11, 2013

UMS aku datang!


31st August 2013 : Tarikh yg sangat bermakna dalam hidup aku. Pendaftaran Pelajar baharu PLUMS 2013/2014 Kota Kinabalu Sabah. IJAZAH SARJANA MUDA PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERBANKAN)

AKU bergelar pelajar??...

Ya Allah, firstly i would like to say syukur alhamdulilah.. thank you so much ya Allah bcoz Engkau telah makbulkan doa i. 5 tahun bukan lah jangka masa yg singkat.. but, i must to try!! Kenapa orang lain boleh buat kenapa pula aku tidak. Walaupun penat memandu dari keningau ke kota kinabalu tapi i rasa enjoy, rasa happy. I'm 22 years old on this year.. i'm start my degree. InsyAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan ku. Amin.

Alhamdulilah.. ni semua rezeki ramadhan & doa dari kedua orang tua aku. Thanks mama, thanks bapa.. You're my sumber inspirasi!!! Pembakar semangat aku. Semoga bapa & mama panjang umur, sempat tengok aku graduate nanti. Amin. Thank you to my sibling's yg bersusah payah untuk aku.. tidak lupa juga dengan kawan2 yang selama ini mendengar keluhan dan rintihan hati ini and the most important thank you so much to all my teachers yg selama ini memberi pendapat, cadangan, nasihat, tunjuk ajar yg tidak jemu2 terhadap karenah saya.


ums logo

ums stadium 

p/s : to be continue.. guys nanti i publish more picture lagi ok.
Night! xoxo. yna ~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...