✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Thursday, December 29, 2011

Alhamdulilah Engkau Makbulkan Doaku

09hb Disember 2011 Bapa & Mama Selamat Sampai Ke Kota Kinabalu

Baiklah, kali ini, yna nak share gambar-gambar yna & famly ketika menjemput Bapa & Mama Balik dari mengerjakan haji. Mari sama-sama kita saksikan :

Menyambut ketibaan Ayah & Bonda

Ayah duduk bersebelahan dengan adik bongsu nya

Duduk bersama cucu ( bb & anan )

Bapa tengah mencari air Zam-zam untuk diagihkan kepada adik beradiknya

Mama Tersayang

Sempat lagi bergambar di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu 

Romantik sungguh!









Saturday, December 17, 2011

Logos Hope 2011 in Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum.


Kapal Logos Hope


Before yna balik keningau, yna sempat lagi jalan-jalan dengan classmate yna pergi cuci mata kat LOGOS HOPE tempoh hari.. Ya Allah, betapa gembiranya yna ketika itu. Gembira yang teramat sangat. Ketika menuju ke Kapal Logos Hope, ada perkhidmatan ulang-alik ' Bas ' naik secara percuma yang disediakan untuk pengunjung menuju ke kapal dan kembali ke pintu masuk pelabuhan, best apa naik Bas, kalau time dulu-dulu semua pengunjung perlu berjalan kaki dalam jarak yang cukup jauh untuk sampai ke kapal. Tapi sekarang tak perlu dah.. hehe. Semua perkhidmatan telah disediakan oleh mereka. Tiket masuk untuk orang dewasa dikenakan RM1.00, manakala kanak-kanak tidak perlu beli tiket.. Masuk adalah percuma. Best kan :)


Banyak koleksi buku-buku yang dijual dalam kapal Logos Hope. Tapi, yna tidak  beli buku-buku time tu..yang sempat yna beli cuma kad, & keychain Logos Hope je.. Classmate yna yang banyak beli buku. hehe. Jom, yna bagi tengok antara koleksi gambar yna & kawan-kawan yna time tu. jom3x :p


s.e.n.y.u.m :)

sekali keluar dari kapal..malam dah ;-)

Anna, Yna & nancy >.<

sempat lagi bergambar dengan mat salleh :)

yumi..yumi!! Anna, Yna & Laila makan ice cream :)

kami singah kat ruangan HIV room 

Yna Enjoy Giler ;-)








Friday, December 2, 2011

OMBAK RINDU





Assalamualaikum. Kenangan yna dengan Joen tengok wayang bersama Judul filem Ombak Rindu. Air mata yna mengalir tau tengok cerita ne.. MasyAllah, terasa sampai ke dada yna akan kesedihan & kesenggaraan yang dialami oleh Izzah ( Maya Karin ). Cerita ne memang mantap gila. Jom sama-sama kita hayati sinopsis cerita ombak rindu.


Secara ringkasnya :


Filem ini mengisahkan mengenai rentetan perjalanan hidup seorang wanita solehah yang senantiasa diuji dengan pelbagai cabaran. Dilacurkan oleh bapa saudaranya yang mahu melangsaikan hutang, Izzah ( Maya Karin), gadis kampung yang suci itu telah dinodai oleh Hariz ( Aaron Aziz ) pelanggan pertamanya. Akibat dari perbuatan Hariz itu, Izzah merayu supaya Hariz membawanya keluar dari lubang maksiat itu. Hariz membeli Izzah dan membawanya ke rumah untuk dijadikan sebagai sebagai perempuan simpanan semata. Akibat belas kasihan dan atas permintaan Izzah, Hariz menikahi Izzah yang berjanji untuk tidak menuntut sebarang hak ke atas perkahwinan mereka. 


Pada mulanya, Izzah hanyalah sekujur tubuh yang menjadi tunggangan nafsu Hariz semata, namun rasa sayang dan cinta itu wujud hasil dari kelembutan dan kesabaran Izzah melayan kerenah Hariz. Pelayaran cinta mereka dilandai badai apabila Mila ( Lisa Surihani ), wanita yang menjadi pilihan ibu kepada Hariz iaitu Datuk Sufiah telah mendesak untuk menjalankan perkahwinan tersebut dengan segera. Izzah merelakan segalanya dan pernikahan Hariz telah berlangsung, diiringi oleh tangisan dan penantian Izzah di teratak mereka.


Konflik mulai timbul mencanak apabila Izzah diterima bekerja di syarikat Sufiah Cemerlang dan hubungan mereka dihidu oleh Datuk Sufiah sendiri. Ugutan dan juga cercaan dari ibu mertuanya itu, Izzah terima dengan redha. Cinta dan sayang Hariz hanya untuk Izzah manakala Mila pula sibuk menagih kasih Hariz yang tidak pernah wujud untuknya. Konflik percintaan tiga segi Hariz, Izzah dan Mila ini tidak hanya berhenti di situ. Mila yang ingin tahu akan siapakah wanita yang telah merampas hati suaminya itu telah berjumpa dengan Izzah, yang bekerja selaku setiausaha Hariz untuk mencungkil rahsia peribadi suaminya.  


Apabila Hariz terlibat dengan kemalangan, Dato’ Sufiah semakin galak menguji kesabaran Izzah dan mencuba sedaya upaya untuk memutuskan hubungan mereka berdua. Ketabahan hati Izzah menerima dugaan yang besar di dalam hidupnya berlanjutan apabila Dato’ Sufiah menghalau Izzah keluar dari rumah dan mula menabur fitnah dengan bukti gambar kemesraan Izzah bersama dengan Mail.


Akibat marah, Izzah digantung tidak bertali ketika Hariz datang melawat Pak Dollah di rumahnya, pemandu mereka. Kebenaran mulai terbongkar apabila Pak Dollah memecahkan rahsia yang selama ini dilindunginya dengan cermat. Hariz merupakan anak kandungnya yang telah diserahkan selaku anak angkat kepada suami Datuk Sufiah. Fitnah yang datang dari ibu Hariz itu sebenarnya membuatkan Izzah derita. Setelah mendengar kebenaran tersebut, Hariz yang benar-benar merindui Izzah mencari Izzah di kampungnya. Rayuan meruntun jiwa Hariz kepada Mail untuk membawa Izzah pulang telah menyatukan dua jiwa yang terpisah itu. Izzah memaafkan perbuatan Hariz dan mereka hidup bahagia dan bakal melengkapkan kisah pelayaran bahagia tersebut dengan kandungan zuriat mereka.


Secara ringkasnya, dapat dikatakan bahawa filem melodrama ini mengajak anda untuk menangis dan bersimpati dengan nasib malang Izzah selaku watak utama filem ini. Tidak perlu diceritakan bagaimana watak-watak dan konflik cerita ini mengundang tangisan tanpa henti di sepanjang cerita. Biar tontonan dan luahan emosi anda tatkala menonton filem ini yang menjadi jawapan yang pasti. Mungkin pada yang mempunyai jiwa logik yang tinggi dan kurang sensitif akan merasakan bahawa jemputan untuk menangis di dalam panggung oleh filem ini akan memenatkan anda. Ini kerana, filem ini menyajikan kisah pengorbanan seorang wanita yang ditindas oleh kuasa dan takdir hidupnya yang seringkali menguji ketahanan jiwanya.  


Keindahan filem ini adalah pada lakonannya. Maya Karin selaku Izzah, Aaron Aziz selaku Hariz dan Lisa Surihani membawakan watak separa antagonis itu dilihat sangat berkesan. Improvisasi lakonan Lisa Surihani harus diberikan pujian kerana Lisa dilihat membawakan watak tersebut dengan penjiwaan yang tepat. Walaupun Maya Karin dilihat berjaya membawakan watak Izzah, namun wajah pan-asia miliknya kadang kala tidak setepat gambaran Izzah di dalam novel malah lebih sempurna pula jadinya. Namun, Maya dilihat mencabar dirinya untuk membawakan watak Izzah dan sehinggakan ramai yang percaya dan yakin dengan karakter Maya sebagai Izzah. Aaron Aziz yang selama ini kita lihat di layar perak sebagai seorang yang gagah perkasa, cukup sinonim dengan aksi pergaduhan itu telah membawakan satu kelainan yang ketara. 


Kenapa? Mungkin anda perlu tonton lakonan cemerlang Aaron Aziz di dalam filem ini yang meruntun hati dan jiwa. Bukan golongan wanita sahaja yang mengalirkan air mata ketika menonton filem ini, malah kaum Adam juga sama sahaja. Jika filem ini berjaya mengundang tangis kaum adam, maka pastinya kisah melodrama ini harus anda tonton. Dalam pertuturan, rayuan Aaron sebagai Hariz yang mahukan isterinya Izzah kembali ke pangkuannya merupakan babak yang nampak berkesan sekali. Bermula dengan kekasaran memukul dan mengasari Maya sebagai Izzah, gandingan mantap mereka berdua menjadikan filem ini sebagai filem air mata yang perlu anda tonton. 


Dari segi lakon layarnya, filem ini nampak indah dan tersusun. Mainan makna pada layar juga turut dibawakan dan disajikan dengan cara yang tersendiri. Unsur alam seperti ombak, pemandangan senja dan banyak lagi babak yang membawa makna kepada jalan cerita disusun dengan penuh cermat. Jalan ceritanya yang kronologikal itu membawa kita menyelami kisah percintaan dan rintangan dua jiwa, Izzah dan Hariz yang bermula dengan satu perkara, kebetulan. Kuasa dan juga pengaruh juga merupakan antara perkara yang dibawa ke dalam filem ini. Bagaimana kuasa dan pengaruh Hariz luas sehingga dia boleh membeli Izzah dari bapa ayam, kuasa Hariz menghambakan Izzah, kuasa dan pengaruh ibu Hariz terhadap dirinya dan kuasa cinta dan sayang Izzah yang berjaya melembutkan jiwa keras Hariz telah berjaya diletakkan dengan cantik dari mula hingga ke akhir babak.


Mungkin filem ini akan menjadi lebih lengkap jika beberapa konflik utama di dalam novel Ombak Rindu dibawa ke layar perak agar perjalanan ceritanya nampak lebih teratur dan mirip dengan novel atau karya asal. Namun, filem ini sudah pun siap sepenuhnya dan tidak ada apa lagi yang boleh ditokok tambah untuk tujuan improvisasi, cuma saluran pendapat sahaja dapat kita unjurkan di sini. 













Thursday, December 1, 2011

01th Dis 2011 => B.i.r.t.h.d.a.y MAMA



Assalamualaikum

Malam 01th Dis 2011 air mata yna mengalir, rasa sunyi dihati ini. Selamat Hari Jadi yang ke- 61 yna ucapkan untuk bonda yang tercinta.. Alhamdulilah, Allah panjangkan umur mama ku. Yna sedih sangat tidak dapat celebrate birthday mama bersama-sama. Next week jadual flight mama & bapa on 09th Dis 2011. Yna doakan, semoga Allah mempermudahkan perjalanan balik bapa & mama, berikan mereka kesihatan yang secukupnya serta keselamatan yang sebaik mungkin. Amin ya rabbil alamin.

Selama sebulan yna memendam rindu yna dengan mama & bapa. Rindu yang teramat sangat. Yna tidak sabar mau jemput mama & bapa next week. Rindu sangat-sangat ne. Maw peluk kuat-kuat. Malam birthday mama, yna call mama ucapkan selamat hari jadi. Pada saat ini, Mama & Bapa berada di Kota Madinah sudah. Mama ada melawat Masjid Nabawi. MasyAllah, yna dengar suara mama dalam keadaan gembira sangat-sangat. Mama & bapa melawat Makam Rasullullah S.A.W.  Mama menangis. Yna Happy, hati yna pun senang dengar suara mama :)

Ya Allah, yna panjat kan kesyukuran pada Mu ya Allah. Dengan izin Mu niat MAMA & BAPA mengerjakan haji telah termakbul. ALHAMDULILAH. Yna tidak sabar mau jumpa parents yna. Hanya Allah yang mengerti akan perasaan yna ketika ini. Sayang mama & bapa. Emuuuuuuuuuuuuaaaaah3x! >.<






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...