✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Friday, March 30, 2012

Tc Dayang & anak murid :)

Assalamualaikum :)

Hye semua. Haaa.. ni yna mau share dengan korg tentang pentingnya pendidikan awal kanak-kanak. Begini lah keadaan class 6 tahun yna ajar(lihat pada gambar dibawah). Syukur alhamdulilah semua dengar cakap. Ramai orang cakap susah mau push budak-budak prasekolah, actually memang susah ajar budak-budak ni.. Tapi kalau kita guna cara yang betul, pasti anak-anak murid korg akan ikut rentak anda. Jujur, pada awal yna mengajar memang rasa sengsara.. kemudian minggu seterusnya yna rasa sungguh selesa.. hihi. Semua anak murid yna suka kan yna.. Everyday yna akan buat sesuatu lain dari yang lain dalam setiap kali P&P. Yna buat macam tu supaya dorg tidak boring dengan yna.. hehe. Yna suka kan kanak-kanak Kat sekolah my student call me Teacher Dayang :) hehe. Ok lah, terus kepada point yna :

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ITU PENTING


Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam roh dan jiwanya.

Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, maka sudah pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi  ‘pencapaian tinggi’ yang hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. Maka jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

~ Jom tengok, yna pamerkan gambar yna bersama anak-anak murid ~
  











SEKIAN  & TERIMA KASIH










Thursday, March 22, 2012

my birthday ::: 21th March ::: sweet 21 years old



Assalamualaikum semua :)

Allah Selamatkan Saya,
Allah Selamatkan Saya,
Allah Selamatkan Dg Haslinah,
Allah Selamatkan Saya.


Alhamdulilah. yna panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT, kerana dengan izin dari-Nya yna masih lagi bernafas hingga ke saat ini. Pada 21hb Mac tahun 1991, yna dilahirkan ke dunia.. Genap 21 tahun yna hidup di bumi Allah. Apa yang yna hajatkan? hehe.. Sudah semestinya yna berdoa agar sentiasa dikurniakan iman yang tetap & kekal abadi, dikurniakan kesihatan yang secukupnya, dipanjangkan umur.. begitu juga umur kedua orang tua yna serta seluruh anggota keluarga, dimurahkan rezeki, dirahmati oleh-Nya, diberkati oleh-Nya, dilindungi oleh-Nya, & sentiasa mendapat petunjuk daripada-Nya ( termasuk jodoh ). Amin. hehe.

Terima kasih daun keladi yna ucapkan kepada seluruh keluarga yna sebab sudi raihkan majlis ulang tahun yna ni. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya yna. Kedengaran lagu ♪ ♫ [̲̅̅H̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅P̲̅][̲̅̅P̲̅][̲̅̅Y̲̅] [̲̅̅B̲̅][̲̅̅I̲̅][̲̅̅R̲̅][̲̅̅T̲̅][̲̅̅H̲̅][̲̅̅D̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅Y̲̅] ♫ ♪ .. My niece and nephew dendangkan pada malam birthday yna.. Semua comel-comel belaka. Thanks to my sis Dayang Hasmah coz belikan yna kek yg sangat sedap rasanya. Nyumi-nyumi.. hihi.


Naaaa. umur dah masuk 21 tahun.. yna perlukah daftar jadi pengundi?? hihiiiihi.. InsyAllah, andai yna punya lebih masa.. nanti yna pergi pejabat pos untuk daftar sebagai pengundi. Cewah.... melaksanakan amanah rakyat nampak.. hoho. Tapi apa kelebihannya kalau yna dah jadi pengundi nanti? huhu.. hmm daftar je lah, mana lah tau tiba-tiba dapat sesuatu yang luar biasa.. konon lah :p ok, yna share gambar-gambar time malam birthday yna dengan korg semua.. actually kat fb dah yna post... tapi ni khas untuk pembaca blogger yna. Lets see :

before tiup kek >.<

snap-snap picture dulu 

nyumi-nyumi... sedap ka? hihi

my beloved dad!

my beloved mum!

s.e.n.y.u.m

ready.. 123 :)



H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y T.O d.g h.a.s.l.i.n.a.h h.a.j.i t.a.l.i.p







Tuesday, March 20, 2012

Walimatul Urus Messi & Adi


 SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MESSI & ADI 

Photography : En. Kasman Rauf
Editor : Cik. Dg Haslinah Haji Talip
Lokasi : Taman Luagan Keningau
Tarikh : 16 & 17 Mac 2012













p/s : Dear missi, happy wedding day yah.. ikhlas dari kami keluarga Haji Talip & Hajah Sitinah. Kami doakan semoga bahagia disamping suami tercinta & berkekalan hingga hujung nyawa. Hanya maut sahaja yang dapat memisahkan sebuah mahligai. Kami juga turut mendoakan semoga kedua mempelai mendapat cahaya mata yang ramai. Dengan lahirnya cahaya mata, itulah petanda cinta sebuah kebahagia rumah tangga. Bertambah kukuhnya kasih & sayang suami isteri.  Amin ya rabbal alamin.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...