✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Tuesday, February 28, 2012

Anak ~ Anak Soleh

Edisi : 28hb Feb 2012/ Selasa
Penulis Blog : Cik Dg Haslinah Haji Talip

Assalamualaikum kepada pembaca setia blog ini. Kali ini, yna akan mengupas dan membahaskan satu lagi tajuk blog yang akan membuka luas mata anak-anak muda di zaman kini iaitu " ANAK - ANAK SOLEH ".


Umumnya, sering kali kita terdengar dan dikatakan "beruntung sungguh kamu ni! Ada anak soleh yang bakal mendoakan kamu selepas kamu mati kelak"Sebenarnya, sifat anak soleh merupakan ni'mat warisan yang senantiasa berterusan sekiranya pandai diurus tadbir dengan betul tanpa wujudnya cacat celah. Bahkan dialog di atas muncul hasil daripada kefahaman kepada hadith nabi yang bermaksud: 
~ Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan do'a anak soleh yang mendoakannya. (Hadith Riwayat Muslim) ~


Maka berlumba-lumbalah para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat pengajian Tahfiz, pondok atau sekolah agama untuk merealisasikan maksud hadis di atas. Pada satu segi, tindakan ini boleh dikira sebagai satu sikap defensif ibu bapa yang merasakan amalan mereka masih kurang cukup untuk membela nasib mereka di alam barzakh kelak. Oleh itu, langkah termudah ialah dengan menghasilkan anak-anak yang soleh yang mampu dan bakal mendo'akan mereka. 


Manakala pada satu sudut lain pula, ianya merupakan satu manifestasi rasa terima kasih ibu bapa terhadap ibu-bapanya dahulu yang sudah berjaya mendidik mereka menjadi anak yang soleh. Lalu anugerah soleh itu dipanjangkan kepada anak-anaknya sendiri agar legasi soleh ini dapat berterusan kepada generasi berikutnya.


Namun begitu, kita sebenarnya hampir terlupa akan satu aspek lain yang WAJIB dimiliki oleh ibu-bapa sendiri. Berdasarkan kehendak agama, bukan anak-anak sahaja yang perlu menjadi soleh, bahkan ibu bapa sendiri. Jelas Allah Firman Allah s.w.t. maksudnya :"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya." (Surah al-Tur ayat 21)

Ayat di atas secara jelas menjelaskan kelebihan 2 hala di dalam hubungan ibu bapa dan anak cucu mereka di akhirat kelak. Orang-orang yang beriman akan ditempatkan di dalam syurga bersama dengan ibu bapa serta anak cucu mereka sebagai salah satu bentuk ni’mat dan hiburan kepada mereka. Bahkan Allah akan mengangkat darjat ibu bapa yang soleh kerana doa anak-anak mereka, begitu juga meninggikan darjat anak- cucu disebabkan amal soleh ibu bapa (Tafsir Ibn Kathir). Menurut Imam al-Razi, ayat ini juga menjadi bukti bahawa kasih sayang ibu bapa yang beriman berterusan sehingga ke akhirat (Tafsir al-Razi).
Walaubagaimanapun ni’mat ini hanya dikhususkan kepada ibu bapa dan anak cucu yang sama-sama beriman dan mati di dalam iman sahaja.

Selain itu, sejarah membuktikan bahawa ibu bapa yang soleh memang boleh memberikan manafaat kepada anak-anak mereka. Contohnya, Allah telah menyelamatkan harta anak-anak yatim yang tertanam di balik dinding yang hampir runtuh di dalam kisah pengembaraan Musa & Khidir di dalam surah al-Kahf ayat 82.
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Adapun dinding itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula dahulunya adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya". (Surah al-Kahf(18) ayat 82)


Kesimpulannya, jangan hanya berharap anak-anak anda sahaja menjadi soleh kerana untuk berlaku adil kepada ibu-bapa kita yang telah meninggal dunia, kita adalah anak... mereka juga memerlukan amal soleh kita untuk membantu mereka.. sekiranya anda merasakan status soleh masih jauh daripada anda..apa tunggu lagi berusahalah kerana status itu boleh diusahakan oleh semua dengan belajar dan belajar. Hidup hanya sekali, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menjadi orang pilihan Allah di akhirat, firman Allah maksudnya :
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). " (Surah al-Nisa' ayat 69) 
~SEKIAN~

Saturday, February 25, 2012

Karnival Auto Show Keningau 2012

KENINGAU : 25hb Feb 2012/ Sabtu
KOMPLEKS SUKAN KENINGAU SABAH

~ GEGAR KARNIVAL AUTO SHOW KENINGAU SABAH 2012~


sekalung tahniah buat adik Mohd Ali menjadi johan (motor klasik) & tempat ke-4 (motor open)
~TAHNIAH~
























~SEKIAN~
Queen Ayumieyna's Life

















Tuesday, February 21, 2012

Kenapa Saya Perlu Menulis Blog?




22hb Februari 2012 :
Assalamualaikum kalian semua..


Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut lagi mengenai Tajuk Blog yang akan saya bahaskan kali ini "kenapa saya perlu menulis blog", suka saya ungkapkan sebuah pantun sebagai pembukaan :


assalamualaikum bermula kata~ 
sebagai pembuka awal bersua~ 
sudah lama tak bertegur sapa~ 
apa kabar sahabat semua nya ?

Berbalik kepada tajuk blog saya pada kali ini, KENAPA SAYA PERLU MENULIS BLOG?. Agak-agaknya kenapa ek? Pada masa-masa dahulu, diari adalah teman rapat saya. kerap menulis pada waktu malam sebelum lelapnya mata. Tetapi, pada era yang kian moden kini, menulis diari saya gantikan kepada nenulis blog. Dengan adanya blog, saya mampu berkongsi segala-galanya kepada rakan pembaca. Baiklah, apabila anda mula membaca ayat pertama dalam blog saya yang terdahulu, pernahkah anda tertanya-tanya apa yang buat anda baca tulisan saya ini? Mungkin anda tidak pernah terfikir perkara itu kerana apa yang anda tahu, anda cuma rasa mahu baca dan terus membaca. Betul tidak?

Ada orang baca blog sebab mahukan hiburan dan ‘membunuh masa’. Sebab itu ada orang suka baca blog makanan, blog hiburan, blog fesyen, atau pun blog gaya hidup dan sebagainya. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan perasan blog ini bukan sama sekali blog makanan, bukan blog politik, bukan juga blog fesyen mahupun blog pelancongan. Blog ini adalah blog yang berkisarkan tentang diri saya. Pendek kata ini adalah blog peribadi saya. Segala aktiviti, perkembangan diri, pengalaman peribadi, luahan rasa, perkongsian ilmu, serta penghibur hati  kepada pembaca semuanya saya selitkan dalam blog saya ini. Maka kerana itulah, Nama Blog saya "Queen Ayumieyna's Life". Segala tentang diri saya ada dalam blog ini.

Apabila saya menulis juga, timbul rasa jujur dalam diri saya, terluah apa yang terpendam dalam diri. Sebab itu, untuk masa mendatang, tulisan saya akan jadi mendalam dan sedikit sebanyak ia merupakan cerminan kepada perkara-perkara yang saya fikirkan. Jika kadang-kala anda rasa tidak senang, mungkin ia sebenarnya membuatkan anda berfikir tentang apa yang anda percayai selama ini.
Antara kisah yang terkandung dalam blog saya :
Pengalaman peribadi
Terkadang dari hari-hari yang kita lalui ada suatu hari yang benar-benar berbeda. Misalnya anda tiba-tiba mendapat tawaran pekerjaan yang selama ini anda impikan. Terasa gembira di ruang dada, bibir tersenyum hingga ke telinga. Saya yakin, anda ingin menceritakannya ke teman-teman anda, atau juga kepada keluarga di rumah, atau siapapun kerana anda merasa pengalaman yang bakal anda perolehi itu tidak semua orang lain boleh merasakannya.

Kalau kita menulisnya, pasti akan lebih banyak yang tahu. Kita boleh menyebarkannya di jejaring sosial yang saat ini banyak penggunanya. Dengan cara penulisan sepeti ini, segalanya akan tercatit dan ianya akan kekal lama menjadi bahan bacaan buat santapan setia pembaca. Kebaikannya, blog yang kita buat boleh dikongsikan pada laman sesawang lain seperti Facebook, Twitter, Tagged, Emel dan sebagainya.

Perkongsian ilmu
Perkongsian ilmu ini luas maksudnya, tetapi apa yang ingin saya bahaskan adalah mengenai pengalaman serta pengetahuan yang telah saya perolehi tidak kira lah apa juga jenis ilmu sekali pun. Point ini amat penting bagi saya. Jujur saya katakan, saya bukan seorang yang tamak ilmu. Walaupun sedikit saya perolehi pasti saya akan kongsikan bersama rakan-rakan sepejuangan saya, keluarga mahupun rakan blogger. Sebagai contoh, saya sebenarnya gemar mencipta pantun-pantun dalam blog, tidak kira lah pantun jenis apa, pasti saya kongsikan dalam blog saya. Dengan cara ini, saya mampu menarik hati pembaca untuk mengunjungi blogger saya sekaligus sudi menjadi rakan blog. 

Luahan Hati
Nah.. kita juga dapat meluahkan segala isi hati kita dalam blog . Mungkin ada satu hari dimana kita sedang banyak pikiran, atau banyak masalah, terlalu berat bahu untuk memikul masalah yang dialami. Dengan meluahkan apa yang sedang dihadapi, tidak salah untuk kita berkongsi bersama rakan-rakan dalam blog dalam bentuk penulisan. Siapa tahu ada di antara pembaca yang pernah mengalami hal sama dan boleh memberikan jalan penyelesaian yang tepat buat kita. Tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut pun tidak apa, mendapat nasihat serta meluahkan isi hati sudah memadai bagi saya.


Luahan hati bukan saya sengaja untuk memberi tahu satu dunia mengenai masalah yang saya alami, tetapi ini adalah cara bagaimana hendak mengurangkan tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh tekanan selepas menduduki peperiksaan di sekolah. Untuk mengurangkan segala tekanan dengan cara luahkan segala isi hati adalah jalan yang terbaik. Itulah lumrah manusia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari masalah. Betul tidak? Tidak kira apa juga jenis masalah, pasti kita akan rasa sedikit tekanan.

Penghibur Hati Pembaca
Pernah kah anda semua mengunjungi blog yang isinya cerita-cerita lawak, blog berunsurkan agama, puisi, pakar motivasi, dan sebagainya? Saya pernah, sering malah. Kebanyakan mereka penulis yang sudah membuat buku seperti Dato' Dr Haji Mohd Fadzila Kamsah, Ustaz Pahrol Mohd Joui, Hilal Asyraf, dan lain-lain lagi. Dengan membacanya cukup membuat saya terhibur dan sesaat menjadi tokoh dalam cerita tersebut. Nah, tulisan kita pun boleh menjadi penghibur kepada pembaca meskipun itu puisi, bentuk lain ataupun jenis blogger seperti blog saya. Menurut saya terhibur tidaknya seorang pembaca tergantung bagaimana dia melihatnya dari sisi apa, dan bagaimana cara kita menyampaikannya.

Alhamdulilah, sebentar tadi saya telah pun mengulas beberapa alasan kenapa saya perlu menulis blog. Harapan saya, kita boleh saling bertukar idea-idea yang bernas dengan tulisan-tulisan kita. Selamat menulis dan semoga selalu dapat menghasilkan tulisan yang bermanfaat. Saya menulis untuk manfaat anda, pembaca saya. Orang yang paling penting dalam blogger saya.


~SEKIAN~

Thursday, February 9, 2012

CNY with my bff

Menggegarkan KK!

Kota Kinabalu/22 - 23 Jan 2012

Assalamualaikum, ini adalah laporan sensasi dari bilik berita kota kinabalu.. hehe :p
Yna & best friends yna jalan-jalan d KK! OMG!!!, best gila dapat hangout  dengan member-member yna. Setelah beberapa bulan kami tidak berjumpa di sebabkan kesibukan yang melanda.. huhu. Pada ahad 22hb Jan 2012, yna turun KK dengan Alyn.. hmm, keesokannya pada 23hb Jan baru lah dorg wafa n pet turun KK..

Haha, Sampai ja yna & alyn d KK.. datang lah Mohd. Zaidan menjemput kami.. Tapi kami X mau susahkan dia.. Sebab dia bawa motor.. kecian jugak kan kalau dia ambil kami 2 kali trep.. Untuk memudahkan kerja, yna & alyn terpaksa jalan kaki dari terminal bus di padang merdeka sampai lah d terminal KK dekat Wawasan sana. Huhuuuuu… punya la kami penat.. jauh jo! Tapi apa leh wt.. transport pun tiada.. kena la berkorban sikit. Hihi. Tunggu la yna ada keta.. baru senang sikit maw bergerak.

Malam tu kami stay d Beverly hills, tempat rumah yna tinggal dulu.. Kat uma tuh ada Cik. Sheril.. Dia sorg2 stay sana.. kengkawan housemate yang lain semua balik kampong masing-masing.. Cuti Sem kan.. MasyAllah, betapa rindu nya Yna dengan rumah tuh. Tapi apa leh wt, tiada rezeki yna untuk terus bertahan kat Unitar. Huhu. Best apa, kami bercerita sampai subuh. Haha. Kerja giler!

Ha!, 23hb jatuh pada hari isnin baru lah dorg wafa & pet sampai KK. Gila eh! Oleh kerana pengangkutan kami tiada…. Kami terpaksa jalan kaki dari Wawasan ke Centre Point.. terus jalan hingga ke hujung dekat suria.. Boleh tahan kan Kami… Evenpun tiada transport, masih boleh berdikari. Hahahaaa. Pengalaman..pengalaman!

Hahaaa. Mau tau barang apa ja yang kami dapat time jalan-jalan d KK?? Kain baju kurung jaaaa. Apa lagi, berabis kami memajak ah.. Yna Beli tudung bawal lagi.. Wafa pun sama. Hehe. Alyn & pet just beli kain ja. Gila tul, sunyi KK time tuh.. Apa tidak nya, Tahun baru cina kan.. semua kedai tutup.. hoho. Kami pun ni satu! Turun KK time cuti perayaan.. hahahaaa.. Baru Tau!

Sempat jugak lah kami snap-snap gambar. Nasib ada c zaidan.. Lau tiada dia Kecian kami. Huhu.  Dia jugak lah yang tolong kami ambil-ambil gambar. Haha. Jadi jurukamera sudah dia. Btw, Thanks ah Mohd Zaidan! Coz Sudi luangkan masa bersama-sama kami. Okeylah, Yna akan pamerkan gambar-gambar kami untuk santapan kalian :)



















~SEKIAN~










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...