✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Sunday, April 21, 2013

Deactive!



Assalamualaikum sidang pembaca yg yna kasihi. Already See my statement? DEACTIVEVATED! ha.. Yna Deactive kan akaun #Facebook yna buat seketika. Mesti kawan yna tertanya-tanya why yna do like that? Dear to all my beloved friends, yna mohon maaf. Yna perlu masa untuk tenangkan fikiran. Yna tidak lari dari masalah tapi yna tidak mahu menambah tekanan yg yna rasa ketika ini. Hanya Allah swt saja yg mengerti mengapa yna tidak aktifkan akaun facebook. I'm need a space. I'm need a more time. Teman-teman jgn lah marah, korg semua bleh cari yna d #Twitter #Instagram #Email #Blogspot yna always aktif dalam laman sosial ni. Atau pun direct call kat number yna :)
Guys, bila yna dah ready buka akaun facebook.. kita borak ramai-ramai ok. Yna akan merindui kamu semua. Yna tau, kamu juga akan rindu dgn yna. Right? But dont worry. yna akan share setiap aktiviti yna dalam #Twitter #Instagram #Email #Blogspot. Korg rajin-rajin lah check up blog yna k. Love u all. xoxo. 

DG HASLINAH HJ TALIP

Sunday, April 14, 2013

PERKAHWINAN bukan suatu yang mudah


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dan cenderung kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". 
                                                                                                                                   
(Al-Quran, Ar-Ruum 30: 21)

INGAT! PERKAHWINAN BUKAN BENDA MAIN-MAIN

Apa khabar para bakal pengantin semua? Adakah anda masih tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan setelah perkataan keramat "KAHWIN" diucapkan? Tidak kiralah daripada mulut kekasih anda ataupun Ibu atau bakal Mak Mentua anda. Adakah anda akan lari dan memberikan banyak alasan? Atau fokus dan nekad meneruskan hajat di hati bagi mengelakkan kekasih anda terlepas di tangan orang lain? Gerbang perkahwinan merupakan satu peringkat yang dinanti-nantikan oleh setiap individu. Satu Persediaan Minda dan Kerohanian. Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri. Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting, begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, menguruskan sumber (masa, wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan. Selain itu, Persediaan Fizikal Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual. Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan, kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung. Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun. Tambahan lagi, persedian ekonomi tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri. Dan yang terakhir ialah Persediaan Sosial Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua pihak.Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan. Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing.




p/s :: Terang lagi bersuluh. PERKAHWINAN adalah gerbang yang di impikan oleh setiap pasangan. PERKAHWINAN juga bukan benda yang boleh dimainkan. Persiapan yang lengkap perlu ada dalam diri setiap pasangan. Jelas sekali, majlis perkahwinan merupakan antara hari yang paling penting dalam hidup anda. Merancang impian seharusnya pengalaman menyeronokkan, mengembirakan, dan PALING penting, TIADA stress! Tetapi, realitinya jauh berbeza… anda akan rasa tertekan dengan 1001 perkara-perkara kecil yang SANGAT memeningkan semasa membuat perancangan ini.

IKHLAS DARI DG HASLINAH HJ TALIP 


Saturday, April 6, 2013

Berbakti Kepada Ibu Bapa. Jangan Biarkan Mereka Tersisih



* Doa Untuk Ibu Bapa



“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa ketika paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan semua pintu syurga. Sebaliknya jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa. Nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."
Ingatlah, untuk terus kekal berjaya dunia dan akhirat yang kita perlukan hanyalah berkat dari ke dua ibu bapa kita. Tak susah mana pun nak jaga hati mereka. Doakan mereka, taat pada mereka, dan sentiasa lah memelihara percakapan dan pergaulan terhadap mereka. Cukup bahagia kalau dapat dengar suara mereka, gelak tawa mereka dan lagi indah jika kita dapat buat mereka tersenyum. 

p/s: Jauh bukan alasan tak dapat nak bahagiakan ibu bapa. Telefon kan ada. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...