✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Wednesday, May 16, 2012

HAPPY TEACHERS DAY :: 16th MAY 2012

ASSalamualaikum,

selamat hari guru kepada semua pendidik! 
kalau dulu saya adalah seorang murid, kini saya sudah pun bergelar guru. Baru sekarang saya merasa betapa payahnya menjadi seorang warga didik. Jujur saya katakan bukan mudah menjadi seorang guru. Hendak melayan kerenah anak-anak murid lagi, hendak menjaga diri sendiri dari tidak tersasar dan menyasarkan orang lain lagi. Amanah kepada orang lain, amanah kepada diri sendiri. Sabar, cekal, tabah, dan perlu gagah dalam melalui hari-harinya sebagai seorang guru.

Maka dengan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, kepada raka-rakan guru & kepada semua insan yang bergelar guru di seluruh dunia. Semoga kita sama-sama terus menjunjung amanah Allah SWT ini dengan dedikasi, dengan jujur, dengan istiqomah, maka saya mendoakan agar ianya dapat diteruskan, agar kita diberikan keimanan yang mantap, kekuatan yang berterusan, umur yang panjang, rezeki yang melimpah ruah dan digolongkan dalam hamba-hambaNya yang soleh.

Seronok rasanya jadi seorang warga pendidik. hehe. Tadi kat sekolah saya dapat banyak hadiah dari murid-murid. MasyAllah, terharunya saya sehingga tidak boleh berkata apa-apa lagi. Baiklah, saya pamerkan gambar-gambar tersebut untuk tatapan anda. Jom saksikan bersama :)



TERIMA KASIH KEPADA ANAK MURID KU :)



Sunday, May 13, 2012

Karnival Sukan Tahunan Tadika St. Francis Xavier Keningau Sabah Kali ke-29


12hb Mei 2012/ Sabtu : 
Sukan Tahunan Tadika St. Francis Xavier Keningau Sabah Kali ke-29

Pengalaman kali pertama Teacher Dayang bersukan bersama anak-anak murid adalah merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. 12hb mei 2012 bersamaan pada hari sabtu sekali lagi Karnival Sukan Tadika St. Francis Xavier Keningau Sabah Kali ke-29 berlangsung dengan penuh gemilang dan jayanya. Setiap kali hari sukan diadakan, anak-anak sangat bersemangat berlumba meraih kemenangan. Tetapi yang paling gembira nampaknya adalah ibubapa. Semuanya tersenyum dan riang sepanjang program dengan gelagat anak-anak dan suami/isteri masing-masing. Saksikan gambar-gambar dibawah, cuba intai keriangan ibu bapa :

comel sangat murid saya :)

my students ( 4 years old )

Pembacaan Ikrar ( Adik Emanuel - 6 years old )

Ready dengan tarian pom-pom :)

di penghujung tarian pom-pom :)

Acara menguntai manik

Acara masuk terowong

Kini tiba acara ibu bapa

Acara Menguntai Manik (IBU)

Acara Makan Kek (IBU)

Murid- murid tidak sabar terima Hadiah :)

Acara Kemuncak (penyampaian hadiah)

tc. raini, tc. lai & tc.dayang :)

Teacher Raini (pengacara majlis) bersama Guru Besar (St.Julita)

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN SUKAN TAHUNAN TADIKA ST FRANCIS XAVIER KENINGAU SABAH KALI YANG KE-29 :)













Tuesday, May 1, 2012

SELAMAT HARI PEKERJA 01 MEI 2012



Assalamualaikum semua :)

Baiklah pembaca-pembaca sekalian, hari ini hari selasa ya.. mesti seronok dapat cuti kan?.. hehe.  1 Mei digelar Hari Buruh atau Labor Day. Kemudian ditukar kepada Hari Pekerja. Hari pekerja buat kita semua di Malaysia... hari pekerja buat semua di seluruh dunia. Selamat hari pekerja diucap untuk semua.... Baik pekebun, baik nelayan... Baik petani, baik pekerja kerajaan, baik pekerja swasta... Selamat Hari Pekerja buat anda... Sesungguhnya walau kecil, walau besar pekerjaan anda.... Pekerjaan anda itu adalah suatu sumbangan untuk kemajuan negara kita Malaysia yang kita cintai ini.

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.
Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
s e l a m a t b e r c u t i :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...