✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Saturday, December 1, 2012

Birthday my mom

Assalamualaikum teman-teman blogger :) 
huh! Lama tidak update blog ni. Berhabuk sdah aku tgk. Faham2 je buzy memanjang aku ni. Apapun aku nk bagitau korg yg aku happy sangat cuti school Dua bulan. Boleh aku rehat sepuas-puasnya. hehe. hore! boleh lambat bangun! bahagianya hidup i ;-) Btw, hari ni aku nk share dgn rakan2 blogger bahawa pada tarikh 1/12/2012 adalah birthday mom aku yang ke-62 tahun. Cewaaaah, muda masih bah. Orang sabah ckp macam sumandak. hehe. 




Saturday, July 21, 2012

:: 1st puasa ramadhan 21hb Julai 2012 ::

Assalamualaikum :)

hye, Alhamdulilah yna panjatkan kesyukuran pada Ilahi. Puasa pertama sudah berlalu ( 21hb julai 2012 ). my sister Dg Hasmah sungkai kat villa durok. Happy dapat buka ramai-ramai, tambah lagi anak buah yna yang nakal-nakal. hehe. Tidak sunyi. Riuh satu rumah. Jom2 see my niece & my nephew :




p/s : to my sister & brother, datang kat villa durok hari-hari yer. kita sungkai ramai-ramai okey. SALAM RAMADHAN :)



Saturday, July 14, 2012

yna on JULY



:: 12th July :: PKG Keningau ::


Thursday, June 21, 2012

Tanda DIA adalah jodoh kita




Gunakan seluruh pancaindera, Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita : -

1. Bersahaja
:: Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.


:: Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
:: Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

:: Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

:: Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

:: Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

:: Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
:: Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

:: Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

:: Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
:: Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

:: Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

:: Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
:: Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

:: Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

:: Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

:: Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
:: Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

:: Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

:: Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

:: Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
:: Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

:: Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
:: Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

:: Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
:: Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Sunday, June 17, 2012

ULANG TAHUN AYAHANDA HAJI TALIP HAJI MD JAI KE- 72

Pada 13hb Jun 2012, tarikh ulang tahun ayah aku yang ke- 72. Pertama sekali saya dan keluarga panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T.. kerana izin dari Nya ayah aku masih dalam keadaan kuat dan sihat walafiat. Setiap kali aku sujud, aku akan sentiasa doakan “Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.” Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah.. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan didunia ini. Ayah, bonda ampunkanlah dosa-dosa anakmu. AMIN~








SELAMAT ULANG TAHUN AYAHANDA HAJI TALIP

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin ~

Wednesday, May 16, 2012

HAPPY TEACHERS DAY :: 16th MAY 2012

ASSalamualaikum,

selamat hari guru kepada semua pendidik! 
kalau dulu saya adalah seorang murid, kini saya sudah pun bergelar guru. Baru sekarang saya merasa betapa payahnya menjadi seorang warga didik. Jujur saya katakan bukan mudah menjadi seorang guru. Hendak melayan kerenah anak-anak murid lagi, hendak menjaga diri sendiri dari tidak tersasar dan menyasarkan orang lain lagi. Amanah kepada orang lain, amanah kepada diri sendiri. Sabar, cekal, tabah, dan perlu gagah dalam melalui hari-harinya sebagai seorang guru.

Maka dengan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, kepada raka-rakan guru & kepada semua insan yang bergelar guru di seluruh dunia. Semoga kita sama-sama terus menjunjung amanah Allah SWT ini dengan dedikasi, dengan jujur, dengan istiqomah, maka saya mendoakan agar ianya dapat diteruskan, agar kita diberikan keimanan yang mantap, kekuatan yang berterusan, umur yang panjang, rezeki yang melimpah ruah dan digolongkan dalam hamba-hambaNya yang soleh.

Seronok rasanya jadi seorang warga pendidik. hehe. Tadi kat sekolah saya dapat banyak hadiah dari murid-murid. MasyAllah, terharunya saya sehingga tidak boleh berkata apa-apa lagi. Baiklah, saya pamerkan gambar-gambar tersebut untuk tatapan anda. Jom saksikan bersama :)



TERIMA KASIH KEPADA ANAK MURID KU :)



Sunday, May 13, 2012

Karnival Sukan Tahunan Tadika St. Francis Xavier Keningau Sabah Kali ke-29


12hb Mei 2012/ Sabtu : 
Sukan Tahunan Tadika St. Francis Xavier Keningau Sabah Kali ke-29

Pengalaman kali pertama Teacher Dayang bersukan bersama anak-anak murid adalah merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. 12hb mei 2012 bersamaan pada hari sabtu sekali lagi Karnival Sukan Tadika St. Francis Xavier Keningau Sabah Kali ke-29 berlangsung dengan penuh gemilang dan jayanya. Setiap kali hari sukan diadakan, anak-anak sangat bersemangat berlumba meraih kemenangan. Tetapi yang paling gembira nampaknya adalah ibubapa. Semuanya tersenyum dan riang sepanjang program dengan gelagat anak-anak dan suami/isteri masing-masing. Saksikan gambar-gambar dibawah, cuba intai keriangan ibu bapa :

comel sangat murid saya :)

my students ( 4 years old )

Pembacaan Ikrar ( Adik Emanuel - 6 years old )

Ready dengan tarian pom-pom :)

di penghujung tarian pom-pom :)

Acara menguntai manik

Acara masuk terowong

Kini tiba acara ibu bapa

Acara Menguntai Manik (IBU)

Acara Makan Kek (IBU)

Murid- murid tidak sabar terima Hadiah :)

Acara Kemuncak (penyampaian hadiah)

tc. raini, tc. lai & tc.dayang :)

Teacher Raini (pengacara majlis) bersama Guru Besar (St.Julita)

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN SUKAN TAHUNAN TADIKA ST FRANCIS XAVIER KENINGAU SABAH KALI YANG KE-29 :)













Tuesday, May 1, 2012

SELAMAT HARI PEKERJA 01 MEI 2012



Assalamualaikum semua :)

Baiklah pembaca-pembaca sekalian, hari ini hari selasa ya.. mesti seronok dapat cuti kan?.. hehe.  1 Mei digelar Hari Buruh atau Labor Day. Kemudian ditukar kepada Hari Pekerja. Hari pekerja buat kita semua di Malaysia... hari pekerja buat semua di seluruh dunia. Selamat hari pekerja diucap untuk semua.... Baik pekebun, baik nelayan... Baik petani, baik pekerja kerajaan, baik pekerja swasta... Selamat Hari Pekerja buat anda... Sesungguhnya walau kecil, walau besar pekerjaan anda.... Pekerjaan anda itu adalah suatu sumbangan untuk kemajuan negara kita Malaysia yang kita cintai ini.

Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja.
Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
s e l a m a t b e r c u t i :)




Saturday, April 21, 2012

Kelebihan Sekiranya SINGLE!


Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini saya akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan Ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah :

Kewangan
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

Kawan 
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu 
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

Tidak banyak masalah 
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

Kurang tanggungjawab 
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.


P/S :  - Mungkin ada kebenarannya. Patutlah ramai masyarakat di luar sana tak mahu bercouple.. Suka duk single2. Moralnya banyak perkara rugi jika anda terus-terusan bersendirian. Sesekali kalau sebiji cawan di alas dengan piringnya kan nampak serinya :)


Tapi anda semua janganlah risau, Allah telah sediakan jodoh yang terbaik untuk setiap umat-Nya. Kita jangan sesekali untuk melupakan Allah. Sujud & mohon pada-Nya. InsyAllah, Allah ada bersama dengan kita setiap detik :)


.. SEKIAN ..

SALAM SAYANG DARI SAYA 
:DG HASLINAH HAJI TALIP



Saturday, April 7, 2012

Interesting Place in SABAH

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

Kota Kinabalu City

The Kota Kinabalu City is the capital of Sabah. Located on the west coast of “the Land Below the Wind”, under the watchful eye of majestic Mount Kinabalu, and on the fringes of the South China Sea, Kota Kinabalu is the bustling and colourful gateway to Sabah. Here you find the international airport, world class hotels, innumerable restaurants and cafe shops, shopping malls and business districts.


Tun Mustapha (Sabah Foundation Building)

Wisma Tun Mustapha (Sabah Foundation Building) is built in 1977,it is a unique 30-storey building (it is a circular structure supported by high tensile steel rods, an architectural and engineering marvel, and there are only four such buildings in the world. It is also the highest building in the Sabah. It has an auditorium, exhibition foyer, a gymnasium, two mini-theatres, a kindergarten and a Research Library.


Sabah Museum

Sabah Museum is built in 1985, it is consists of several buildings. The main building resembles a Rungus longhouse. It houses the permanent Exhibition Galleries, including the Ethnography Gallery with its collections of traditional ethnic costumes, musical instruments and various artifacts of the many ethnic communities of Sabah. Science and Education Centre is designed with a roof resembling the seraung or sirung (woven bamboo native hat), it has a permanent Shell Exhibit that takes visitors on an educational journey of the important off-shore oil and gas industry in Sabah. The Heritage Village is a typical village environment planted with fruit trees and herbal gardens of medicinal plants. Visitors can explore the traditional houses of some of Sabah’s ethnic communities. Sabah Art Gallery is located in the same seraung-shaped building, it exhibits the work of Sabah’s talented artists.


Tunku Abdul Rahman Park

Tunku Abdul Rahman Park (TAR) is a marine park that clusters of five islands, including Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi and Pulau Sulung. The marine national park is only 20 minutes by boat from Kota Kinabalu. There are popular destinations, perfect for relaxing, snorkelling and a wide variety of watersports.


Tanjung Aru Beach

Tanjung Aru is a popular beach in Sabah. This place are cleaner and more structured stalls which have nonetheless retained their trademark menu of local favourites such as corn-on-the-cob, steamed groundnuts, BBQ chicken wings, young coconut and hawker-style food. In addition, the new outlets such as the SB Seafood Restaurant and the blue-and-glass themed Aru Casual Dining have attracting a lot of people to visit the Tanjung Aru beach.


Mount Kinabalu

Mt Kinabalu (4095m) is the tallest mountain in South-East Asia and is situated in the Kinabalu National Park in the province of Sabah in Malaysian Borneo. Thousands of tourists visit Kinabalu National Park each year and most come with the intention of climbing Mt Kinabalu. This site contains all you need to know about climbing Mt Kinabalu: http://www.climbmtkinabalu.com/

Sabah is the best place for visit





























Friday, March 30, 2012

Tc Dayang & anak murid :)

Assalamualaikum :)

Hye semua. Haaa.. ni yna mau share dengan korg tentang pentingnya pendidikan awal kanak-kanak. Begini lah keadaan class 6 tahun yna ajar(lihat pada gambar dibawah). Syukur alhamdulilah semua dengar cakap. Ramai orang cakap susah mau push budak-budak prasekolah, actually memang susah ajar budak-budak ni.. Tapi kalau kita guna cara yang betul, pasti anak-anak murid korg akan ikut rentak anda. Jujur, pada awal yna mengajar memang rasa sengsara.. kemudian minggu seterusnya yna rasa sungguh selesa.. hihi. Semua anak murid yna suka kan yna.. Everyday yna akan buat sesuatu lain dari yang lain dalam setiap kali P&P. Yna buat macam tu supaya dorg tidak boring dengan yna.. hehe. Yna suka kan kanak-kanak Kat sekolah my student call me Teacher Dayang :) hehe. Ok lah, terus kepada point yna :

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ITU PENTING


Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education and Science, 1990).

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam roh dan jiwanya.

Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, maka sudah pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi  ‘pencapaian tinggi’ yang hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik sedangkan dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. Maka jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

~ Jom tengok, yna pamerkan gambar yna bersama anak-anak murid ~
  











SEKIAN  & TERIMA KASIH










Thursday, March 22, 2012

my birthday ::: 21th March ::: sweet 21 years old



Assalamualaikum semua :)

Allah Selamatkan Saya,
Allah Selamatkan Saya,
Allah Selamatkan Dg Haslinah,
Allah Selamatkan Saya.


Alhamdulilah. yna panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT, kerana dengan izin dari-Nya yna masih lagi bernafas hingga ke saat ini. Pada 21hb Mac tahun 1991, yna dilahirkan ke dunia.. Genap 21 tahun yna hidup di bumi Allah. Apa yang yna hajatkan? hehe.. Sudah semestinya yna berdoa agar sentiasa dikurniakan iman yang tetap & kekal abadi, dikurniakan kesihatan yang secukupnya, dipanjangkan umur.. begitu juga umur kedua orang tua yna serta seluruh anggota keluarga, dimurahkan rezeki, dirahmati oleh-Nya, diberkati oleh-Nya, dilindungi oleh-Nya, & sentiasa mendapat petunjuk daripada-Nya ( termasuk jodoh ). Amin. hehe.

Terima kasih daun keladi yna ucapkan kepada seluruh keluarga yna sebab sudi raihkan majlis ulang tahun yna ni. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya yna. Kedengaran lagu ♪ ♫ [̲̅̅H̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅P̲̅][̲̅̅P̲̅][̲̅̅Y̲̅] [̲̅̅B̲̅][̲̅̅I̲̅][̲̅̅R̲̅][̲̅̅T̲̅][̲̅̅H̲̅][̲̅̅D̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅Y̲̅] ♫ ♪ .. My niece and nephew dendangkan pada malam birthday yna.. Semua comel-comel belaka. Thanks to my sis Dayang Hasmah coz belikan yna kek yg sangat sedap rasanya. Nyumi-nyumi.. hihi.


Naaaa. umur dah masuk 21 tahun.. yna perlukah daftar jadi pengundi?? hihiiiihi.. InsyAllah, andai yna punya lebih masa.. nanti yna pergi pejabat pos untuk daftar sebagai pengundi. Cewah.... melaksanakan amanah rakyat nampak.. hoho. Tapi apa kelebihannya kalau yna dah jadi pengundi nanti? huhu.. hmm daftar je lah, mana lah tau tiba-tiba dapat sesuatu yang luar biasa.. konon lah :p ok, yna share gambar-gambar time malam birthday yna dengan korg semua.. actually kat fb dah yna post... tapi ni khas untuk pembaca blogger yna. Lets see :

before tiup kek >.<

snap-snap picture dulu 

nyumi-nyumi... sedap ka? hihi

my beloved dad!

my beloved mum!

s.e.n.y.u.m

ready.. 123 :)



H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y T.O d.g h.a.s.l.i.n.a.h h.a.j.i t.a.l.i.p








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...