✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Sunday, October 6, 2013

:: Classmate ku ::


MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2013/2014
05 SEPTEMBER 2013 MENINJAU TAPAK PROJEK 
BERTEMPAT DI DEWAN BALAI RAYA KG LANGKAWIT PAPAR SABAH
PROGRAM BAKTI SISWA UMS
FINAL EXAM - INTERIM











*program ini akan berlangsung pada 24hb september 2013. perjalanan program ini akan saya update dari masa ke semasa. terima kasih.







Wednesday, September 11, 2013

UMS aku datang!


31st August 2013 : Tarikh yg sangat bermakna dalam hidup aku. Pendaftaran Pelajar baharu PLUMS 2013/2014 Kota Kinabalu Sabah. IJAZAH SARJANA MUDA PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERBANKAN)

AKU bergelar pelajar??...

Ya Allah, firstly i would like to say syukur alhamdulilah.. thank you so much ya Allah bcoz Engkau telah makbulkan doa i. 5 tahun bukan lah jangka masa yg singkat.. but, i must to try!! Kenapa orang lain boleh buat kenapa pula aku tidak. Walaupun penat memandu dari keningau ke kota kinabalu tapi i rasa enjoy, rasa happy. I'm 22 years old on this year.. i'm start my degree. InsyAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan ku. Amin.

Alhamdulilah.. ni semua rezeki ramadhan & doa dari kedua orang tua aku. Thanks mama, thanks bapa.. You're my sumber inspirasi!!! Pembakar semangat aku. Semoga bapa & mama panjang umur, sempat tengok aku graduate nanti. Amin. Thank you to my sibling's yg bersusah payah untuk aku.. tidak lupa juga dengan kawan2 yang selama ini mendengar keluhan dan rintihan hati ini and the most important thank you so much to all my teachers yg selama ini memberi pendapat, cadangan, nasihat, tunjuk ajar yg tidak jemu2 terhadap karenah saya.


ums logo

ums stadium 

p/s : to be continue.. guys nanti i publish more picture lagi ok.
Night! xoxo. yna ~





Saturday, August 10, 2013

yna & the geng



Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…

Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku. Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu. Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.


Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.


Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.


Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.


Tuesday, July 23, 2013

M y N e p h e w's AG KARL FARISH





my first aset


*birthday on 26th july 2013

Saturday, June 15, 2013

Birthday Bapa Kali ke-74


Assalamualaikum.
13 Jun 2012 adalah tarikh kelahiran ayahanda tercinta HJ AG TALIP BIN HJ MD JAI yang ke-74. Alhamdulilah yna bersyukur kepada ilahi. Dengan izinNya yna masih berpeluang menjalani hidupan harian bersama ayahanda tercinta. Yna mau bgtau satu dunia bahawa yna sgt2 bersyukur kerana yna punya BAPA yang sentiasa cool, sentiasa tabah, sentiasa sabar melayan karenah kami 10 beradik.

Alhamdulilah, hasrat bapa menunaikan haji telah tercapai. InsyAllah panjang umur yna mau kerjakan umrah dgn bapa & mama. InsyAllah. Guys, see the picture below. Enjoy it!

Thursday, June 6, 2013

Mencari atau Menunggu?


Assalamualaikum. Alhamdulilah, yna bersyukur pada Ilahi, yna masih berpeluang utk berkongsi ilmu kepada sidang pembaca sekalianOkey, sebelum yna mengulas tajuk blog yna kali ini. Nak tanya semua org, Siapa yang mencari jodoh? Siapa yang menanti jodohnya datang bergolek-golek, macam bola sepak yang disepak lalu melantun-lantun dan bergolek-golek? Atau siapa yang ingin menjadi jodoh saya? Eh2 salah. Siapa yang ingin menjadi jodoh si pulan bin si pulan? Jangan salah faham ye. Gurau je tu.

Sebenarnya kat sini kadang-kadang kita ada tersilap konsep dan tersilap percaturan tentang lumrah kehidupan. Lumrah alam persekolahan dunia. Ini bukan bermakna yna suruh anda melanggar sesuatu yang telah di tetapkan. Tidak! Cuma ingin menjelaskan akan sesuatu.



“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”
“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”
“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”
“Takkanlah perigi nak cari timba?”

Dialog di atas tak asing bagi saya dan rakan-rakan.

Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.

Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.

Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.

Umar bertanya: Siapakah kamu?

Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).

Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.

Nah, itulah jawapannya.

Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.

Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.

Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. yna doakan moga permudahkan jalan.

Selamat Berusaha!

Sunday, May 12, 2013

Happy Mothers Day 2013

Alhamdulilah.. 12th May celebration of mothers day. Syukur kehadrat ilahi yna masih berkesempatan raihkan hari ibu bersama ibu tersayang HAJAH DG HALIMAH @ SITINAH BINTI GILOM. Tidak terkira pengorbanan yg engkau curahkan selama ini. Membesarkan kami 10 beradik. Thanks mum, because of u I am what I am today. U carried me for 9 months & raised me. U're a strong women. I love u so much mum. I would like to wish God bless u always, everywhere, everytime, & everything.


 my beloved mom 

Sunday, April 21, 2013

Deactive!



Assalamualaikum sidang pembaca yg yna kasihi. Already See my statement? DEACTIVEVATED! ha.. Yna Deactive kan akaun #Facebook yna buat seketika. Mesti kawan yna tertanya-tanya why yna do like that? Dear to all my beloved friends, yna mohon maaf. Yna perlu masa untuk tenangkan fikiran. Yna tidak lari dari masalah tapi yna tidak mahu menambah tekanan yg yna rasa ketika ini. Hanya Allah swt saja yg mengerti mengapa yna tidak aktifkan akaun facebook. I'm need a space. I'm need a more time. Teman-teman jgn lah marah, korg semua bleh cari yna d #Twitter #Instagram #Email #Blogspot yna always aktif dalam laman sosial ni. Atau pun direct call kat number yna :)
Guys, bila yna dah ready buka akaun facebook.. kita borak ramai-ramai ok. Yna akan merindui kamu semua. Yna tau, kamu juga akan rindu dgn yna. Right? But dont worry. yna akan share setiap aktiviti yna dalam #Twitter #Instagram #Email #Blogspot. Korg rajin-rajin lah check up blog yna k. Love u all. xoxo. 

DG HASLINAH HJ TALIP

Sunday, April 14, 2013

PERKAHWINAN bukan suatu yang mudah


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dan cenderung kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". 
                                                                                                                                   
(Al-Quran, Ar-Ruum 30: 21)

INGAT! PERKAHWINAN BUKAN BENDA MAIN-MAIN

Apa khabar para bakal pengantin semua? Adakah anda masih tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan setelah perkataan keramat "KAHWIN" diucapkan? Tidak kiralah daripada mulut kekasih anda ataupun Ibu atau bakal Mak Mentua anda. Adakah anda akan lari dan memberikan banyak alasan? Atau fokus dan nekad meneruskan hajat di hati bagi mengelakkan kekasih anda terlepas di tangan orang lain? Gerbang perkahwinan merupakan satu peringkat yang dinanti-nantikan oleh setiap individu. Satu Persediaan Minda dan Kerohanian. Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri. Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting, begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, menguruskan sumber (masa, wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan. Selain itu, Persediaan Fizikal Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual. Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan, kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung. Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun. Tambahan lagi, persedian ekonomi tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri. Dan yang terakhir ialah Persediaan Sosial Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua pihak.Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan. Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing.




p/s :: Terang lagi bersuluh. PERKAHWINAN adalah gerbang yang di impikan oleh setiap pasangan. PERKAHWINAN juga bukan benda yang boleh dimainkan. Persiapan yang lengkap perlu ada dalam diri setiap pasangan. Jelas sekali, majlis perkahwinan merupakan antara hari yang paling penting dalam hidup anda. Merancang impian seharusnya pengalaman menyeronokkan, mengembirakan, dan PALING penting, TIADA stress! Tetapi, realitinya jauh berbeza… anda akan rasa tertekan dengan 1001 perkara-perkara kecil yang SANGAT memeningkan semasa membuat perancangan ini.

IKHLAS DARI DG HASLINAH HJ TALIP 


Saturday, April 6, 2013

Berbakti Kepada Ibu Bapa. Jangan Biarkan Mereka Tersisih



* Doa Untuk Ibu Bapa



“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa ketika paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan semua pintu syurga. Sebaliknya jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa. Nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."
Ingatlah, untuk terus kekal berjaya dunia dan akhirat yang kita perlukan hanyalah berkat dari ke dua ibu bapa kita. Tak susah mana pun nak jaga hati mereka. Doakan mereka, taat pada mereka, dan sentiasa lah memelihara percakapan dan pergaulan terhadap mereka. Cukup bahagia kalau dapat dengar suara mereka, gelak tawa mereka dan lagi indah jika kita dapat buat mereka tersenyum. 

p/s: Jauh bukan alasan tak dapat nak bahagiakan ibu bapa. Telefon kan ada. 

Sunday, March 24, 2013

21 March 2013 Genap Umur Ku 22 Tahun

Alhamdulilah. Firstly yna mau panjatkan kesyukuran yg x terhingga kehadrat Allah SWT.. Dengan izin Dan limpah rahmat dariNya yna masih lagi ada atas bumi ini. 21 March adalah tarikh Kelahiran yna. Yna bersyukur sgt2 yna masih d beri kesempatan utk terus berada d bumi Allah yg nyata ni. Yna want to say that my life isn't perfect, but i'm thankful for everything I have. Sungguh mengecewakan yna pada keesokan lepas bday yna 22 march (jumaat) kereta kesayangan yna telah d langgar oleh sebuah kereta saga baru yg d pandu oleh seorang perempuan yg pada awalnya mengaku mempunyai lesen kereta.
Kemudian suami nya sendiri membocorkan rahsia perempuan itu bahawa isteri nya x mempunyai lesen kereta. Huh! Bincang punya bincang, kes tersebut x yna bawa ke balai sebab mereka mengaku akan menanggung semua kos ganti rugi kereta yna. Yna punya hati dan perasaan. Tetapi yna minta ganti 1 biji pintu baru. Pihak yg melanggar cakap ok saja. Keesokan hari selepas kemalangan, mereka Bertikam lidah dgn yna.. D mana, mereka menggantikan pintu baru kereta yna kemudian mereka akan mengambil pintu original kereta yna. Maaf lah k, mana boleh kau ambil aset saya. Sudah lah isteri kau langgar kereta saya, skrg begini pula cerita kamu. Buang masa saya betul kamu ni. Kalau yna tau keadaan dia jadi rumit macam ni, hari kemalangan itu juga yna heret isteri dia pergi balai.. Senang cerita. Penat yna layan org yg x mau bertanggungjawab ni. Yna pendekkan cerita yna call bro in law yna.. Suruh selesaikan Masalah ini. Akhirnya mereka putuskan bahawa pintu kereta yna akan mereka ganti dan pintu yg rosak itu mereka x ambil. Nah, kan selesai masalah, drpd yna bawa kes ni pergi balai bagus bincang dgn baik. Ego lagi kunun tu mau bawa pergi balai gara2 dia mau tu pintu kereta yna saja. Bukan alang2 oh, kalau sampai kes balai dorg kena denda, saman, keluarkan insurans kereta dorg utk kereta yna. Berapa kerugian sudah tu. Hoho. Nasib yna x baik ketika bday yna. Sedih hati yna kereta tu belum sampai 1 tahun sudah kena simen baru. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Amiiiinn.

Saturday, January 5, 2013

im yours ;-)




p/s : saya terima kau apa adanya :)



Tuesday, January 1, 2013

Brunei Aku Datang !


Assalamualaikum guys. Alhamdulilah, selamat jugak aku sampai kat negara jiran, Brunei Darussalam ;-)
Very nice place. wow! First yna fikir jauh lah sangat brunei ni if ikut jalan darat. Rupanya mengambil masa 4 - 5 jam je masa perjalanan. Jauh lagi pergi semporna. heee. Btw, yna enjoy sangat semasa bercuti kat brunei. InsyAllah, jika yna kesempatan & masa free mau juga yna jalan2 sekali lagi ke negara brunei tu. Dapat shopping, visit the nice place, makan #nasikatuk, macam2 lagi lah.. Now, yna want to share picture2 yna semasa kat Brunei. Jom tengok :











p/s : i love u guys. nanti yna publish gambar2 yna lagi ok. Daaaa. Assalamualaikum.
xoxo. Y.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...