✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Thursday, December 29, 2011

Alhamdulilah Engkau Makbulkan Doaku

09hb Disember 2011 Bapa & Mama Selamat Sampai Ke Kota Kinabalu

Baiklah, kali ini, yna nak share gambar-gambar yna & famly ketika menjemput Bapa & Mama Balik dari mengerjakan haji. Mari sama-sama kita saksikan :

Menyambut ketibaan Ayah & Bonda

Ayah duduk bersebelahan dengan adik bongsu nya

Duduk bersama cucu ( bb & anan )

Bapa tengah mencari air Zam-zam untuk diagihkan kepada adik beradiknya

Mama Tersayang

Sempat lagi bergambar di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu 

Romantik sungguh!









Saturday, December 17, 2011

Logos Hope 2011 in Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum.


Kapal Logos Hope


Before yna balik keningau, yna sempat lagi jalan-jalan dengan classmate yna pergi cuci mata kat LOGOS HOPE tempoh hari.. Ya Allah, betapa gembiranya yna ketika itu. Gembira yang teramat sangat. Ketika menuju ke Kapal Logos Hope, ada perkhidmatan ulang-alik ' Bas ' naik secara percuma yang disediakan untuk pengunjung menuju ke kapal dan kembali ke pintu masuk pelabuhan, best apa naik Bas, kalau time dulu-dulu semua pengunjung perlu berjalan kaki dalam jarak yang cukup jauh untuk sampai ke kapal. Tapi sekarang tak perlu dah.. hehe. Semua perkhidmatan telah disediakan oleh mereka. Tiket masuk untuk orang dewasa dikenakan RM1.00, manakala kanak-kanak tidak perlu beli tiket.. Masuk adalah percuma. Best kan :)


Banyak koleksi buku-buku yang dijual dalam kapal Logos Hope. Tapi, yna tidak  beli buku-buku time tu..yang sempat yna beli cuma kad, & keychain Logos Hope je.. Classmate yna yang banyak beli buku. hehe. Jom, yna bagi tengok antara koleksi gambar yna & kawan-kawan yna time tu. jom3x :p


s.e.n.y.u.m :)

sekali keluar dari kapal..malam dah ;-)

Anna, Yna & nancy >.<

sempat lagi bergambar dengan mat salleh :)

yumi..yumi!! Anna, Yna & Laila makan ice cream :)

kami singah kat ruangan HIV room 

Yna Enjoy Giler ;-)








Friday, December 2, 2011

OMBAK RINDU





Assalamualaikum. Kenangan yna dengan Joen tengok wayang bersama Judul filem Ombak Rindu. Air mata yna mengalir tau tengok cerita ne.. MasyAllah, terasa sampai ke dada yna akan kesedihan & kesenggaraan yang dialami oleh Izzah ( Maya Karin ). Cerita ne memang mantap gila. Jom sama-sama kita hayati sinopsis cerita ombak rindu.


Secara ringkasnya :


Filem ini mengisahkan mengenai rentetan perjalanan hidup seorang wanita solehah yang senantiasa diuji dengan pelbagai cabaran. Dilacurkan oleh bapa saudaranya yang mahu melangsaikan hutang, Izzah ( Maya Karin), gadis kampung yang suci itu telah dinodai oleh Hariz ( Aaron Aziz ) pelanggan pertamanya. Akibat dari perbuatan Hariz itu, Izzah merayu supaya Hariz membawanya keluar dari lubang maksiat itu. Hariz membeli Izzah dan membawanya ke rumah untuk dijadikan sebagai sebagai perempuan simpanan semata. Akibat belas kasihan dan atas permintaan Izzah, Hariz menikahi Izzah yang berjanji untuk tidak menuntut sebarang hak ke atas perkahwinan mereka. 


Pada mulanya, Izzah hanyalah sekujur tubuh yang menjadi tunggangan nafsu Hariz semata, namun rasa sayang dan cinta itu wujud hasil dari kelembutan dan kesabaran Izzah melayan kerenah Hariz. Pelayaran cinta mereka dilandai badai apabila Mila ( Lisa Surihani ), wanita yang menjadi pilihan ibu kepada Hariz iaitu Datuk Sufiah telah mendesak untuk menjalankan perkahwinan tersebut dengan segera. Izzah merelakan segalanya dan pernikahan Hariz telah berlangsung, diiringi oleh tangisan dan penantian Izzah di teratak mereka.


Konflik mulai timbul mencanak apabila Izzah diterima bekerja di syarikat Sufiah Cemerlang dan hubungan mereka dihidu oleh Datuk Sufiah sendiri. Ugutan dan juga cercaan dari ibu mertuanya itu, Izzah terima dengan redha. Cinta dan sayang Hariz hanya untuk Izzah manakala Mila pula sibuk menagih kasih Hariz yang tidak pernah wujud untuknya. Konflik percintaan tiga segi Hariz, Izzah dan Mila ini tidak hanya berhenti di situ. Mila yang ingin tahu akan siapakah wanita yang telah merampas hati suaminya itu telah berjumpa dengan Izzah, yang bekerja selaku setiausaha Hariz untuk mencungkil rahsia peribadi suaminya.  


Apabila Hariz terlibat dengan kemalangan, Dato’ Sufiah semakin galak menguji kesabaran Izzah dan mencuba sedaya upaya untuk memutuskan hubungan mereka berdua. Ketabahan hati Izzah menerima dugaan yang besar di dalam hidupnya berlanjutan apabila Dato’ Sufiah menghalau Izzah keluar dari rumah dan mula menabur fitnah dengan bukti gambar kemesraan Izzah bersama dengan Mail.


Akibat marah, Izzah digantung tidak bertali ketika Hariz datang melawat Pak Dollah di rumahnya, pemandu mereka. Kebenaran mulai terbongkar apabila Pak Dollah memecahkan rahsia yang selama ini dilindunginya dengan cermat. Hariz merupakan anak kandungnya yang telah diserahkan selaku anak angkat kepada suami Datuk Sufiah. Fitnah yang datang dari ibu Hariz itu sebenarnya membuatkan Izzah derita. Setelah mendengar kebenaran tersebut, Hariz yang benar-benar merindui Izzah mencari Izzah di kampungnya. Rayuan meruntun jiwa Hariz kepada Mail untuk membawa Izzah pulang telah menyatukan dua jiwa yang terpisah itu. Izzah memaafkan perbuatan Hariz dan mereka hidup bahagia dan bakal melengkapkan kisah pelayaran bahagia tersebut dengan kandungan zuriat mereka.


Secara ringkasnya, dapat dikatakan bahawa filem melodrama ini mengajak anda untuk menangis dan bersimpati dengan nasib malang Izzah selaku watak utama filem ini. Tidak perlu diceritakan bagaimana watak-watak dan konflik cerita ini mengundang tangisan tanpa henti di sepanjang cerita. Biar tontonan dan luahan emosi anda tatkala menonton filem ini yang menjadi jawapan yang pasti. Mungkin pada yang mempunyai jiwa logik yang tinggi dan kurang sensitif akan merasakan bahawa jemputan untuk menangis di dalam panggung oleh filem ini akan memenatkan anda. Ini kerana, filem ini menyajikan kisah pengorbanan seorang wanita yang ditindas oleh kuasa dan takdir hidupnya yang seringkali menguji ketahanan jiwanya.  


Keindahan filem ini adalah pada lakonannya. Maya Karin selaku Izzah, Aaron Aziz selaku Hariz dan Lisa Surihani membawakan watak separa antagonis itu dilihat sangat berkesan. Improvisasi lakonan Lisa Surihani harus diberikan pujian kerana Lisa dilihat membawakan watak tersebut dengan penjiwaan yang tepat. Walaupun Maya Karin dilihat berjaya membawakan watak Izzah, namun wajah pan-asia miliknya kadang kala tidak setepat gambaran Izzah di dalam novel malah lebih sempurna pula jadinya. Namun, Maya dilihat mencabar dirinya untuk membawakan watak Izzah dan sehinggakan ramai yang percaya dan yakin dengan karakter Maya sebagai Izzah. Aaron Aziz yang selama ini kita lihat di layar perak sebagai seorang yang gagah perkasa, cukup sinonim dengan aksi pergaduhan itu telah membawakan satu kelainan yang ketara. 


Kenapa? Mungkin anda perlu tonton lakonan cemerlang Aaron Aziz di dalam filem ini yang meruntun hati dan jiwa. Bukan golongan wanita sahaja yang mengalirkan air mata ketika menonton filem ini, malah kaum Adam juga sama sahaja. Jika filem ini berjaya mengundang tangis kaum adam, maka pastinya kisah melodrama ini harus anda tonton. Dalam pertuturan, rayuan Aaron sebagai Hariz yang mahukan isterinya Izzah kembali ke pangkuannya merupakan babak yang nampak berkesan sekali. Bermula dengan kekasaran memukul dan mengasari Maya sebagai Izzah, gandingan mantap mereka berdua menjadikan filem ini sebagai filem air mata yang perlu anda tonton. 


Dari segi lakon layarnya, filem ini nampak indah dan tersusun. Mainan makna pada layar juga turut dibawakan dan disajikan dengan cara yang tersendiri. Unsur alam seperti ombak, pemandangan senja dan banyak lagi babak yang membawa makna kepada jalan cerita disusun dengan penuh cermat. Jalan ceritanya yang kronologikal itu membawa kita menyelami kisah percintaan dan rintangan dua jiwa, Izzah dan Hariz yang bermula dengan satu perkara, kebetulan. Kuasa dan juga pengaruh juga merupakan antara perkara yang dibawa ke dalam filem ini. Bagaimana kuasa dan pengaruh Hariz luas sehingga dia boleh membeli Izzah dari bapa ayam, kuasa Hariz menghambakan Izzah, kuasa dan pengaruh ibu Hariz terhadap dirinya dan kuasa cinta dan sayang Izzah yang berjaya melembutkan jiwa keras Hariz telah berjaya diletakkan dengan cantik dari mula hingga ke akhir babak.


Mungkin filem ini akan menjadi lebih lengkap jika beberapa konflik utama di dalam novel Ombak Rindu dibawa ke layar perak agar perjalanan ceritanya nampak lebih teratur dan mirip dengan novel atau karya asal. Namun, filem ini sudah pun siap sepenuhnya dan tidak ada apa lagi yang boleh ditokok tambah untuk tujuan improvisasi, cuma saluran pendapat sahaja dapat kita unjurkan di sini. 













Thursday, December 1, 2011

01th Dis 2011 => B.i.r.t.h.d.a.y MAMA



Assalamualaikum

Malam 01th Dis 2011 air mata yna mengalir, rasa sunyi dihati ini. Selamat Hari Jadi yang ke- 61 yna ucapkan untuk bonda yang tercinta.. Alhamdulilah, Allah panjangkan umur mama ku. Yna sedih sangat tidak dapat celebrate birthday mama bersama-sama. Next week jadual flight mama & bapa on 09th Dis 2011. Yna doakan, semoga Allah mempermudahkan perjalanan balik bapa & mama, berikan mereka kesihatan yang secukupnya serta keselamatan yang sebaik mungkin. Amin ya rabbil alamin.

Selama sebulan yna memendam rindu yna dengan mama & bapa. Rindu yang teramat sangat. Yna tidak sabar mau jemput mama & bapa next week. Rindu sangat-sangat ne. Maw peluk kuat-kuat. Malam birthday mama, yna call mama ucapkan selamat hari jadi. Pada saat ini, Mama & Bapa berada di Kota Madinah sudah. Mama ada melawat Masjid Nabawi. MasyAllah, yna dengar suara mama dalam keadaan gembira sangat-sangat. Mama & bapa melawat Makam Rasullullah S.A.W.  Mama menangis. Yna Happy, hati yna pun senang dengar suara mama :)

Ya Allah, yna panjat kan kesyukuran pada Mu ya Allah. Dengan izin Mu niat MAMA & BAPA mengerjakan haji telah termakbul. ALHAMDULILAH. Yna tidak sabar mau jumpa parents yna. Hanya Allah yang mengerti akan perasaan yna ketika ini. Sayang mama & bapa. Emuuuuuuuuuuuuaaaaah3x! >.<





Sunday, November 27, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1435 Hijrah



Assalamualaikum kalian.. di sini yna nak ucapkan selamat menyambut awal muharram kepada semua umat Islam di seluruh dunia pada hari esok.
p/s: cuti umum awal muharram pada 27/11/2011, selamat menyambut tahun baru Islam 1435 Hijrah kepada semua umat Islam..

Sambutan awal muharam disambut oleh semua yang beragama Islam, terdapat dua hari penting/ peristiwa dalam kalendar Islam. Awal bermaksud permulaan, dalam Bahasa Inggeris disebut ‘beginning’, dan Muharam disebut sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam.

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  1. 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  2. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  3. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  4. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  5. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  6. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  7. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  8. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  12. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  14. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  17. Allah menjadikan ‘Arasy.
  18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  19. Allah menjadikan alam.
  20. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  21. Nabi Isa diangkat ke langit



Friday, November 25, 2011

~ Aku Bukan Tomboy ~


Jeng..jeng..jeng. keluar je filem ne kat Pawagan, keesokan nya yna dengan member yna pergi nonton.hehe. Best cerita ne. Romantik komedi >.< Jika sebelum ini, pengarah & produser muda Syamsul Yusof sudah dikenali dengan filem-filem berbentuk aksi seperti Evolusi KL Drift dan Bohsia namun berlainan pula dengan genre filem arahannya kali ini. Buat pertama kalinya Syamsul menyahut cabaran daripada ayahnya yang juga merupakan seorang pengarah dan produser, Datuk Yusof Haslam untuk membawakan sebuah filem komedi romantik, Aku Bukan Tomboy.

Menurut Syamsul, filem Aku Bukan Tomboy ini bukan sahaja membongkar isu wanita tomboy malah isu pengkid yang menyimpan hati kepada kaum sejenisnya. "Memang sebelum ini kita dah banyak lihat filem yang memaparkan isu tomboy dalam filem mereka. Namun untuk filem ini, saya akan membongkar bagaimana perasaan pengkid itu apabila mereka benar-benar jatuh cinta pada kaum sejenis mereka. "Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,"kata Syamsul. Walaupun watak Scha sama seperti watak tomboy yang pernah dibawakannya sebelum ini, Syamsul menegaskan bahawa akan ada kelainan dengan penampilan Scha kali ini.

Selain Scha Al-Yahya dan Harun Salim Bachik filem ini dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Shaheizy Sam, Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina serta Syamsul sendiri.

Sinopsis Filem:

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.






Saturday, November 19, 2011

Tanjung Lipat Time

Assalamualaikum teman-teman semua..

16th Nov 2011/ Wednesday :

Apa agak nya aktiviti yang yna lakukan d masa lapang bersama kawan-kawan??hihi..Baru-baru ne yna pergi Tanjung Lipat ngan clasmate yna.. Best giler. Kitaorang BBQ kat c2. Bakar-bakar Chiken Wings. Hehe. Yna, Joen, Nancy, Ana, Laila n niece + nephew Joen... ahahahaaa. Best giler yna masa tu. Happy bh hangout ngan member-member clas yna.. Jom tengok gambar-gambar yna time kat tanjung lipat tempoh hari : ) 

InsyAllah. sekiranya ada masa lagi, kami akan ke Kundasang..hore!hore!hore! mayb after exam semester nanti.hehe.
















Sunday, October 30, 2011

best giler REAL STEEL!!



Dunia sudah berubah. Kemajuan teknologi memang memudahkan pekerjaan manusia tapi di sisi lain, kemajuan teknologi juga yang membuat ramai orang harus kehilangan pekerjaan. Charlie Kenton (Hugh Jackman) adalah satu dari sekian banyak orang yang harus rela pekerjaannya diambil alih teknologi canggih. Charlie dipaksa pensiun dari profesinya sebagai petinju karena olahraga penuh kekerasan ini pun sudah diambil alih robot.
Mengadu manusia di atas ring sudah bukan zamannya lagi. Olahraga ini sekarang dikuasai para robot yang berusaha saling menghancurkan demi kepuasan penonton. Charlie tak bisa mengelak dan buruknya lagi, Charlie tak tahu harus berbuat apa karena selama ini bertinju adalah satu-satunya yang bisa ia lakukan. Charlie memang bukan juara dunia. Ia gagal meraih gelar terhormat itu namun semangatnya tak pernah luntur. Sayang kondisi tak lagi berpihak pada Charlie.
Karena tak mungkin mencari pekerjaan lain, satu-satunya cara adalah tetap bertahan di dunia tinju tanpa harus turun ke dalam ring. Charlie mulai meniti karier menjadi promotor kecil-kecilan. Jadi promotor sepertinya memang sudah takdir Charlie Kenton. Bersama Max (Dakota Goyo), putranya, Charlie kemudian membangun robot dari bekas robot yang sudah kalah bertanding yang biasanya dibuang begitu saja. Dengan modal pengalaman Charlie di atas ring, bisa jadi robot buatan ayah dan anak ini punya peluang mendatangkan uang dalam jumlah besar.
Film berjudul Real Steel ini diangkat dari sebuah cerita pendek karya Richard Matheson yang berjudul Steel. Tak sepenuhnya hasil adaptasi memang karena sutradara Shawn Levy memutuskan membuat beberapa perubahan pada kisah ini. Promisin? Bisa jadi, karena ada nama Hugh Jackman di sini. Selain itu, film ini juga diproduksi oleh DreamWorks yang artinya Steven Spielberg berdiri di belakang proyek ini. Yang sedikit meragukan, Shawn Levy belum pernah mengarahkan film bertema futuristik berbau laga seperti ini. Mampukah Shawn menangani proyek ini?
yna enjoy tengok filem ne..korg dah nonton ke?hihi...best giler~

Friday, October 28, 2011

Bermula di Sini..

Salam semua..

Lama uda yna X update blog..huuuuhu. Maaf yah, yna agak busy akhir2 ne..banyak sangat asignment yna..tu lah pasal.hehe. kali ne apa agak nya yna nak kongsi ngan korg semua ek??? Ha, jom lh tgk koleksi gambar-gambar yna kat UNITAR..jom-jom >.<

~ Ne lh kawan-kawan yna kat kampus ~











Friday, October 7, 2011

Untuk Insan yang Tersayang, Syamsul ~

Assalamualaikum Abang Syamsul..

Harap abang syamsul sentiasa dalam keadaan sihat walaafiat. Tujuan ayang menulis surat ini adalah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada abang. Hampir 6 tahun kita bersama, lalui susah senang juga bersama, akhirnya perjalanan cinta kita terputus ditengah jalan. Evenpun pada mulanya ayang susah untuk terima semua itu, namun ayang redha. Janji abang happy disamping orang yang tersayang.

Kehadiran orang ketiga telah meruntuhkan hubungan cinta kita. Hanya Allah yang mengerti akan perasaan ayang pada ketika itu. Ayang sedar, terlalu banyak kekurangan dalam diri ayang. Ayang bukan jenis perempuan yang suka menunjuk-nunjuk. Ayang  juga tidak seksi seperti " dia "..ayang tidak cukup kriteria yang abang mahukan.

T.A.P.I ayang masih teringat saat-saat terindah kita berdua. Ayang lah perempuan yang paling bahagia sangat ketika itu. Abang perkenalkan Ibu, Ayah & seluruh anggota keluarga abang pada ayang. MasyAllah, ayang gembira sangat. Ayang gembira & rasa senang hati kenal keluarga abang. Ibu & Ayah abang terlalu baik dengan ayang. Kalau ayang ingat semula detik-detik kita bersama, ayang pandai senyum sorang-sorang.

Baru-baru ini ayang terbaca di media akbar tentang perkembangan abang.. Alhamdulilah, sambutan peminat terhadap filem-filem abang sungguh mengagumkan. Tapi, semenjak hubungan kita berakhir pada tarikh 18hb Dis 20** ayang tidak pernah lagi menonton filem-filem yang ada watak abang. Ayang takut untuk menangis lagi. Rindu dihati ini hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.

hanya kami berdua sahaja mengetahui apa yang berlaku

Namun, ayang tertanya-tanya sehingga saat ini.. Kenapa hubungan Abang dengan si " dia " juga putus di tengah jalan? adakah abang melakukan kesilapan yang sama sepertimana hubungan kita dahulu.. atau, adakah si " dia " yang berlaku curang terhadap abang? Ayang tahu cerita ini pun dari best friend ayang sendiri. Apa agak nya rasa kalau kita di tinggalkan oleh orang yang sangat kita sayang? Mesti sakit kan abang?....itu lah yang ayang rasa ketika abang meninggalkan ayang. sakit yang teramat sangat abang. Abang, ayang tidak pernah berdendam dengan abang..ayang set di minda ayang sekiranya Allah telah utuskan abang adalah adam untuk ayang, adalah jodoh ayang...InsyAllah, kita akan bersatu kembali. Ayang percaya pada takdir yang telah Allah beri. Ayang juga percaya semua ini ada hikmah disebaliknya. Ayang hormat keputusan abang.

abang tetap dalam ingatan ayang

Ayang teringat masa abang ajak ayang pergi menyanyi sama-sama sebelum hubungan kita berakhir. Lagu yang kita nyanyi SENJA NAN MERAH..lagu ziana zain ft awie. Air mata ayang mengalir ketika itu, ayang dapat rasakan bahawa abang akan meninggalkan ayang tidak lama lagi. Rupa-rupanya instinct ayang betul. Abang ajak ayang pergi makan-makan.. wah, bahagianya ayang rasa. Sempat lagi terserempak dengan member-member ayang masa itu.
kita pergi main boling sama-sama member ayang.. Romantik sungguh layanan abang terhadap ayang.. Terharu ayang. Abang suka sangat dengan colour hitam, putih & merah. Semua tentang abang ayang masih ingat sehingga saat ini. Ayang suka nampak abang guna baju yang ayang belikan untuk abang. 
Ayang masih lagi simpan gambar abang bersama kereta kesayangan abang tu..

kereta kesayangan abang BMW M3

Selepas je abang hantar ayang balik rumah malam tu, abang saudara ayang ajak ayang pergi makan malam. Dia takde kawan masa tu. Abang pesan dengan ayang, kalau setiap kali ayang keluar pergi mana-mana mesti bagitau abang dulu. Tapi malam tu, ayang tidak bagitau abang sebab yang ajak ayang keluar pergi dinner bukannya orang kain..first cousin ayang juga. Jadi ayang buat keputusan tidak perlu bagitau abang lah.. then, sampai je kat sebuah restoren yang agak standart.. Ayang nampak abang bersama perempuan tu..sungguh menyedihkan..ayang terkejut beruk.. padahal malam tu abang kol ayang yang abang nak tidur. Ayang frust sangat-sangat.. Sanggup abang tipu ayang. Then, ayang datang ke meja makan abang, ayang cakap kat abang " Dah Bangun ". Perempuan tu bersuara " Hubby, jom gerak ". OMG, jantung ayang nak jatuh ketika itu.
Abang cakap dengan ayang, tunggu kat sini, lepas je abang hantar dia balik rumah abang singgah ambil ayang. Air mata ayang jatuh membasahi pipi ayang yang comel ni. Then, lepas je ayang temankan cousin ayang makan ayang terus minta hantar balik rumah. Ayang tidak tunggu abang. Ayang OFF phone.

Seminggu kemudian baru ayang On phone. Ayang tau abang datang cari ayang kat rumah. Tapi, ayang tidak mau jumpa abang.. Ayang kol best friend ayang nak tidur kat rumah dia. After that, Abang kol ayang..but, ayang still not to pick up phone..time tu ayang marah sangat kat abang. Sampai ayang tak pergi school. Takut abang cari ayang kat sekolah. Ayang jerit sekuat-kuatnya.. ' Abang jahat..Abang jahat..' 
Apa ni abang jahat..abang jahat..bangun eh pergi mandi, tak pergi kuliah kh? jam7 setengah sudah ne..tulah tido lagi lepas subuh!!Terdiam ayang kat hujung katil sambil tangan pintal-pintal selimut.

Abang syamsul, cukup lah sampai di sini, lepas ne jangan cari ayang lagi. Andai umur kita panjang jumpa lagi di lain mimpi. Selamat tinggal abang syamsul~


Monday, October 3, 2011

Johnny English Reborn


 Assalamualaikum kalian :)
Review Filem Johnny English Reborn~
Jeng..jeng..jeng.. Kali ini yna nak share dengan korang semua tentang sinopsis Filem Johnny English Reborn. Yna minat gila dengan perwatakan mr.bean. Wow!!! lucu yang teramat sangat. Kagum dengan watak yang dibawa oleh beliau..LIKE3x! Time tengok filem tu, yna ketawa terbahak-bahak..sakit perut yna owh. So funny!!! okey enjoy yah, jom ketahui sinopsis filem tersebut : 


Filem Johnny English Reborn  hasil sebuah lakonan Rowan Atkinson yang mengisahkan tentang ejen rahsia British, Johnny English kembali dengan pengembaraan yang sangat lucu dan mendebarkan. Tambahan lagi Perisiknya yang sering membuat tindakan bodoh kembali menggeletek di pawagam. Dalam pengembaraan kali ini, dia dipanggil untuk melumpuhkan cubaan sekumpulan pembunuh upahan yang merancang untuk menghapuskan seorang pemimpin dunia dan seterusnya mengakibatkan kekacauan global. Wah, sangat menarik perjalanan Filem tersebut.
Sejak beberapa tahun pengintip M17 menghilang, dia telah mengasah kemahiran unik di kawasan pedalaman Asia. Dalam kekecehon ancaman tersebut, sekali lagi dunia memerlukan English. Dengan hanya tinggal satu peluang untuk membuktikan dirinya boleh dipercayai, dia mesti menggunakan alat berteknologi tinggi terkini untuk membongkar web konspirasi yang berjalan di seluruh organisasi perisikan KGB, CIA dan M17.
Filem ini telah ditayangkan  pada 15 september 2011. Filem Johnny English Reborn di arahkan oleh Oliver Parker. Para pelakon Johnny English Reborn terdiri daripada Rowan Atkinson, Gillian Anderson, Rosamund Pike, Dominic West, Pierce Brosnan.
SEMOGA TERHIBUR MENOTON FILEM JOHNNY ENGLISH REBORN~

Thursday, September 29, 2011

KURSUS HAJI PERDANA PERINGKAT NEGERI SABAH 2011

Assalamualaikum para sahabat yang dekat mahupun jauh..
Kali ini yna nak kongsi bersama-sama anda semua pengalaman yna semasa bermalam di Masjid Negeri Kota Kinabalu Sabah pada 24 - 25hb September 2011 bersamaan hari sabtu & ahad. MasyAllah, ramai sangat saudara-saudara islam yang yna temui..pelbagai lapisan umur. Alhamdulilah, Bapa & mama yna selamat menghabiskan Kursus Haji Perdana bagi peringkat negeri sabah tahun 2011. Yna sempat berkenalan dengan Mak cik- Mak cik pelbagai bangsa dari seluruh daerah di negeri sabah ni..

Sepanjang kursus dua hari berkenaan, para peserta dihidangi dengan ceramah bertajuk ‘Falsafah dan Haji Mabrur’, ‘Taklimat dan Praktikal Ibadah Haji’ (wukuf, mabit di Muzdalifah, Mina dan melontar serta tahallul awal) juga; ‘Taklimat Tawaf, Saie dan Tahallul’.Menariknya para peserta juga dilatih dengan sesi praktikal seperti tawaf dan saie dengan berpakaian ihram di perkarangan Masjid Negeri Sabah dalam suasana hujan renyai-renyai mengikut nombor maktab masing-masing. Pada pagi ahad, para peserta dibimbing dengan ibadah qiyamullail bimbingan. Qiyamullail adalah ibadah yang sewajarnya tidak diabaikan oleh jamaah haji baik sama ada di Makkah atau di Madinah. Justeru bimbingan yang diberikan oleh para ustaz sebenarnya amat berguna kepada semua.

Pada malam tu, yna tidur kat bilik mesyuarat dalam masjid.. air mata yna mengalir dengan tiba-tiba.. Pasal apa? huhu. hati yna tersentuh dengan kemunculan seorang wanita tua yang agak nyanyuk.. Umur nya lebih kurang 80 tahun. yna nangis nampak wanita tua itu, dia langsung X ingat d mana dia letak bagasi yang dia bawa.. sungguh kecian yna tengok. then, ada kakak tu tolong dia pegi cari bagasi dia d tingkat atas. Anak-anak nya pun tiada bersama-sama dia..sudah tu dia berjalan agak tempang-tempang & bongkok..yna tolong wanita tua tu masuk bilik air, yna takut dia terjatuh, faham-faham je lah, licin sangat kat bilik air tu..apa-apa je boleh berlaku.

Pada tengah malam kira-kira jam 1.00am wanita tua tu balik sendiri d dalam bilik mesyuarat tempat yna & mama tidur..rupa-rupanya bagasi yang wanita tua tu cari ada dalam bilik tersebut.. SubahanAllah, bagaimana kah keadaan nya bila d tanah Suci nanti. air mata yna sekali lagi mengalir. WHY anak-anak dia tidak follow & temankan dia sepanjang kursus tu berlangsung? hati yna betul-betul tersentuh. Syukur alhamdulilah, yna senang hati coz dapat temankan mama & bapa sepanjang kursus tersebut berlangsung. yna happy sangat. Semoga Allah permudahkan urusan & perjalanan Bapa & mama. i L.O.V.E so much my dad & mum. 100%!!
Jom Tengok Koleksi Gambar Yang Sempat Yna ambil..jom2 :











" DIA LAH YANG MENJADIKAN MATAHARI BERSINAR
&
MENJADIKAN BULAN BERCAHAYA "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...