✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Saturday, June 15, 2013

Birthday Bapa Kali ke-74


Assalamualaikum.
13 Jun 2012 adalah tarikh kelahiran ayahanda tercinta HJ AG TALIP BIN HJ MD JAI yang ke-74. Alhamdulilah yna bersyukur kepada ilahi. Dengan izinNya yna masih berpeluang menjalani hidupan harian bersama ayahanda tercinta. Yna mau bgtau satu dunia bahawa yna sgt2 bersyukur kerana yna punya BAPA yang sentiasa cool, sentiasa tabah, sentiasa sabar melayan karenah kami 10 beradik.

Alhamdulilah, hasrat bapa menunaikan haji telah tercapai. InsyAllah panjang umur yna mau kerjakan umrah dgn bapa & mama. InsyAllah. Guys, see the picture below. Enjoy it!

Thursday, June 6, 2013

Mencari atau Menunggu?


Assalamualaikum. Alhamdulilah, yna bersyukur pada Ilahi, yna masih berpeluang utk berkongsi ilmu kepada sidang pembaca sekalianOkey, sebelum yna mengulas tajuk blog yna kali ini. Nak tanya semua org, Siapa yang mencari jodoh? Siapa yang menanti jodohnya datang bergolek-golek, macam bola sepak yang disepak lalu melantun-lantun dan bergolek-golek? Atau siapa yang ingin menjadi jodoh saya? Eh2 salah. Siapa yang ingin menjadi jodoh si pulan bin si pulan? Jangan salah faham ye. Gurau je tu.

Sebenarnya kat sini kadang-kadang kita ada tersilap konsep dan tersilap percaturan tentang lumrah kehidupan. Lumrah alam persekolahan dunia. Ini bukan bermakna yna suruh anda melanggar sesuatu yang telah di tetapkan. Tidak! Cuma ingin menjelaskan akan sesuatu.



“Jodoh ditangan Tuhan, apa boleh buat”
“Bukan saya tak mahu kawin, belum jodoh lagi!”
“Apa nak susah-susah kalau dah rezeki nanti, adalah yang datang meminang”
“Takkanlah perigi nak cari timba?”

Dialog di atas tak asing bagi saya dan rakan-rakan.

Ya, soal jodoh adalah satu soal yang amat kritikal dalam membina rumahtangga yang bahagia. Masalah jodoh ini bukan sahaja disebut-sebut oleh orang belum berpunya, bahkan ada juga yang telah berkahwin masih keliru dan bingung dalam soal jodoh ini.

Ramai orang kita yang beranggapan soal jodoh ini adalah satu ketentuan yang tidak perlu diusahakan. Bagi mereka rezeki, jodoh dan ajal di tangan Allah, dan manusia hanya perlu pasrah. Lantas mereka terus ‘bertawakkal’ mengikut fahaman yang tidak tepat.

Sahabat besar sayyidina Umar Al-Khattab pernah menangis melihat satu kumpulan jemaah haji dari Yaman yang datang tanpa menyediakan bekalan makanan. Umar menegur dan membetulkan tindakan mereka yang silap dalam memahami konsep tawakkal.

Umar bertanya: Siapakah kamu?

Rombongan Yaman itu menjawab: Kami adalah al-mutawakkilun (orang-orang yang bertawakkal kepada Allah).

Umar menjawab: Kamu sebenarnya al-muta’akkilun (orang-orang yang mengharapkan diberi makanan). Orang yang sebenar-benar bertawakkal ialah orang yang menabur benih di bumi, kemudian bertawakkal kepada Allah.

Nah, itulah jawapannya.

Kisah diatas tentang rezeki. Sama juga dengan jodoh. Jika rezeki perlu diusahakan, maka jodoh juga perlu diusahakan. Jika Ummul Mukminin Khadijah berikhtiar dengan menghantar orang untuk menyatakan hasrat untuk mengahwini Nabi, maka takkan lah wanita hari ini yang lebih terbuka tak berani untuk menyatakan hasrat kepada pihak lelaki secara terhormat begitu.

Itu jika sudah ada pilihan. Jika belum ada, usahakan lah dengan membuat tinjauan dan membuat senarai pendek secara sendirian. Kemudian, teliti dengan penuh hemah dan jangan lupa untuk bersolat istikharah. Jika kenalan dan maklumat terhad, mintalah bantuan dari rakan dan keluarga yang diyakini, berakhlak dan boleh diharap. Jika ada banyak pilihan, pilih lah yang memenuhi sifat. Jangan pula terlalu gopoh sehingga tersilap pilih.

Moga lepas ini para anak-anak dara (andartu) dan bujang (terlajak) tidak mengambil sikap ‘menunggu jodoh’, tetapi bertekad untuk ‘mencari jodoh’. yna doakan moga permudahkan jalan.

Selamat Berusaha!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...