✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Thursday, September 29, 2011

KURSUS HAJI PERDANA PERINGKAT NEGERI SABAH 2011

Assalamualaikum para sahabat yang dekat mahupun jauh..
Kali ini yna nak kongsi bersama-sama anda semua pengalaman yna semasa bermalam di Masjid Negeri Kota Kinabalu Sabah pada 24 - 25hb September 2011 bersamaan hari sabtu & ahad. MasyAllah, ramai sangat saudara-saudara islam yang yna temui..pelbagai lapisan umur. Alhamdulilah, Bapa & mama yna selamat menghabiskan Kursus Haji Perdana bagi peringkat negeri sabah tahun 2011. Yna sempat berkenalan dengan Mak cik- Mak cik pelbagai bangsa dari seluruh daerah di negeri sabah ni..

Sepanjang kursus dua hari berkenaan, para peserta dihidangi dengan ceramah bertajuk ‘Falsafah dan Haji Mabrur’, ‘Taklimat dan Praktikal Ibadah Haji’ (wukuf, mabit di Muzdalifah, Mina dan melontar serta tahallul awal) juga; ‘Taklimat Tawaf, Saie dan Tahallul’.Menariknya para peserta juga dilatih dengan sesi praktikal seperti tawaf dan saie dengan berpakaian ihram di perkarangan Masjid Negeri Sabah dalam suasana hujan renyai-renyai mengikut nombor maktab masing-masing. Pada pagi ahad, para peserta dibimbing dengan ibadah qiyamullail bimbingan. Qiyamullail adalah ibadah yang sewajarnya tidak diabaikan oleh jamaah haji baik sama ada di Makkah atau di Madinah. Justeru bimbingan yang diberikan oleh para ustaz sebenarnya amat berguna kepada semua.

Pada malam tu, yna tidur kat bilik mesyuarat dalam masjid.. air mata yna mengalir dengan tiba-tiba.. Pasal apa? huhu. hati yna tersentuh dengan kemunculan seorang wanita tua yang agak nyanyuk.. Umur nya lebih kurang 80 tahun. yna nangis nampak wanita tua itu, dia langsung X ingat d mana dia letak bagasi yang dia bawa.. sungguh kecian yna tengok. then, ada kakak tu tolong dia pegi cari bagasi dia d tingkat atas. Anak-anak nya pun tiada bersama-sama dia..sudah tu dia berjalan agak tempang-tempang & bongkok..yna tolong wanita tua tu masuk bilik air, yna takut dia terjatuh, faham-faham je lah, licin sangat kat bilik air tu..apa-apa je boleh berlaku.

Pada tengah malam kira-kira jam 1.00am wanita tua tu balik sendiri d dalam bilik mesyuarat tempat yna & mama tidur..rupa-rupanya bagasi yang wanita tua tu cari ada dalam bilik tersebut.. SubahanAllah, bagaimana kah keadaan nya bila d tanah Suci nanti. air mata yna sekali lagi mengalir. WHY anak-anak dia tidak follow & temankan dia sepanjang kursus tu berlangsung? hati yna betul-betul tersentuh. Syukur alhamdulilah, yna senang hati coz dapat temankan mama & bapa sepanjang kursus tersebut berlangsung. yna happy sangat. Semoga Allah permudahkan urusan & perjalanan Bapa & mama. i L.O.V.E so much my dad & mum. 100%!!
Jom Tengok Koleksi Gambar Yang Sempat Yna ambil..jom2 :











" DIA LAH YANG MENJADIKAN MATAHARI BERSINAR
&
MENJADIKAN BULAN BERCAHAYA "

Thursday, September 22, 2011

LiRik LaGu YUNA : dan sebenarnya


Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

[Bridge]
Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Wednesday, September 21, 2011

♛ Dia kehilangan Orang Yang Sangat Mencintainya

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia kalian. Kali ini, Yna nak kongsi cerita yang agak menarik berjudul DIA KEHILANGAN ORANG YANG SANGAT MENCINTAINYA. Sama-sama kita renungkan :

      Jangan sesekali hadir dalam hidup sesorang kalau ia hanya akan menghancurkan perasaannya. Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka. Perkara yang paling kejam adalah membiarkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu X mencintainya.



: Suatu hari, seseorang yang sedang putus cinta menangis d taman. Datang seorang Ahli Falsafah bertanya kepadanya, " kenapa kamu menangis? " orang itu menjawab, " Aku sangat sedih, kenapa dia meninggalkan aku? "...
Lalu Ahli Falsafah itu tertawa sambil berkata, " kamu BODOH sekali ". Lalu orang itu menjawab, " kenapa kamu berkata begitu? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan, tak apalah kalau kamu X mahu memujukku, tapi janganlah mentertawakan aku pula ".
Bodoh!! Kamu X perlu sedih, kerana yang seharusnya sedih adalah dia kata ahli falsafah. Kenapa dia yang harus sedih? bukan kah dia yang meninggalkan aku? kata orang itu. Kamu hanya kehilangan orang yang X mencintai mu, tetapi dia kehilangan orang yang sangat mencintainya, " jawab ahli falsafah itu ".

       Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras wajahnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musuh. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat kamu tersenyum. hanya senyum yang dapat membuat hari-hari mu yang gelap menjadi ceria ~

Saturday, September 10, 2011

SUATU KETIKA DULU-Kenangan di Tempat Kerja Ku

Assalamualaikum kepada semua pembaca.


Kali ini, Yna nak kongsi dengan anda semua pengalaman semasa yna bekerja dibawah KOPESA BHD, iaitu koperasi pekebun kecil negeri sabah berhad. Koperasi tersebut adalah sebuah anak syarikat kepada RISDA cawangan Negeri Sabah. Alhamdulilah, selama enam bulan yna berkhidmat dengan koperasi yna rasa selesa. walaupun terdapat beberapa insiden yang membuat yna tidak berpuas hati kat opis. Walau bagaimana pun, syukur kehadrat Ilahi kerana yna mendapat sedikit sebanyak pengalaman ketika yna bekerja. First yna kerja kat syarikat tu yna rasa kekok sangat..haha.Tapi, dah biasa & mesra dengan semua staf lama kelamaan semuanya stabil..semua ok.hee. Apa agaknya jawatan yna ek? mesti korg tertanya-tanya kan?..hihi. Yna memegang jawatan PEMBANTU TADBIR, tugas yna senang je..yna Buat kad Ahli untuk keahlian semua pemohon koperasi. selain itu, yna update buletin-buletin semasa yang lebih berfokuskan kepada GETAH, SAWIT, KAYU MANIS, KRAFTANGAN, KEMUDAHAN KOLEJ RISDA, & lain-lain.


Ha, Masa yna bekerja macam biasalah..opis hour. 8.00am-5.30pm. Kadang-kadang time yna rest yna tidur dalam bilik rehat..hahaha.penat kan seharian berhadapan dengan komputer.apa lagi, tidur lah..hihi.hmmm, semua staf kat opis yna bekerja tu rock-rock belaka.hihi.sporting habis. yna rindu keadaan dalam opis yna..Rindu dengan Anna, Yen, Shedah, Shira, Kak Dayang, John, Impuk, Mokthar, fauzi, & ramai lagi lah...rindu dengan semua orang.haha.


HIHI.sometimes, yna pernah lambat datang kerja tau...bangun lambat punya pasal..haha.yna dah set alarm..tapi yna tus smbung je tidur yna tu.kalau yna lambat p kerja, yna wt alasan yang munasabah sikit.haha.hidup kita ni bukan semuanya boleh bercakap dengan jujur..kadang-kadang ada baiknya jugak kalau kita Tipu Sunat.Betul Tidak? Staf2 yang lain pun sama jugak macam yna.hihi.Dorg lagi hebat.Kalau terlambat je p kerja tus langsung Tidak masuk opis terus..wah, best kan cm tu..hebat lh dorg ni :)


Sepanjang Yna berkhidmat dengan syarikat ni, yna enjoy sangat..tau pasal apa? sebab pasal outstation punya kerja lah..hihi.hari tu yna pergi outstation kat semporna..masyAllah, punya lah jauh semporna kan..jauh giler.kalau naik flight memang lah dekat..ni kami naik kenderaan pacuan empat roda..haha.sakit punggung duduk dalam kereta..selain semporna kami pergi papar..best jua lh..tapi tidak sehebat macam kat semporna. semporna memang best, tapi sangat panas cuaca kat situ..hihi =_='


Ok lah, Boleh tak yna nak siarkan gambar-gambar semasa yna berkhidmat kat Koperasi pekebun kecil negeri sabah. Gambar-gambar ni tetap yna simpan...hihi.Jom Layan~


Baru nak gerak pergi opis, sempat lagi snap tau :)

Time rest

yna dengan shedah & shira 

Gambar kenangan bersama dengan kakitangan Risda Semporna

Yna & anna (rakan sekerja)

haha.kami sempat jalan-jalan lagi tau

yna kat jeti semporna

(staf perempuan) Shedah, Anna, Shira & yna

ni masa kat Papar Sabah 

senyum semua :)

ni dia En Fauzi Bakar










Friday, September 9, 2011

Ruangan Pantun


PANTUN PEMBUKA ACARA
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN
Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN
Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN 
 Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.


PANTUN UCAPAN PERASMIAN 
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS
Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.




My Favourite ARTIST

NEWS of mine :

sebelum yna bercerita panjang, izinkan yna melafazkan pantun 4 kerat kepada saudari/saudara :
INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG, 
BERARAK DI CELAH PEPOHON ARA,
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.


Assalamualaikum kalian. Ha, kali ini yna nak kongsi ngan anda semua tentang Siapakah Artis Kegemaran yna?..mereka lah yang yna sangat minat setelah berkurun lama. Tapi, tulah pasal..jodoh kitaorang takde..hihi..jumpa face 2 face langsung tidak pernah sama sekali..sayang btul. Andai suatu hari nanti kami akan bertemu..apa agak nya reaksi yna ek?hihi..orait, now..jom yna kenal kan barisan artis2 kegemaran yna..yang buat yna jadi fanatik sangat ngan dia..JOM-jom~

01. ERRA FAZIRA



Nama sebenar: Fazira Wan Chek 
Tarikh lahir: 9 Februari 1974 
Tempat lahir: Sungai Choh, Rawang, Selangor 
Bintang: Aquarius 
Suami: Engku Emran Engku Zainal Abidin 
Anak: Engku Aleesya Engku Emran 
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, model 

Album: 
Erra Fazira (1994)
Aku dan Dia (1995)
2.5 Sayang (1996)
Kini (1999 )
Sampai Bertemu (2002)
Kini Kembali (2003)
Ya Atau Tidak (2006)

Lagu Popular: Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Lepaskanku, Sampai Bertemu, SMS Saja, Ucapkanlah (duet dengan Yusry), Jika Kau Tiada (duet dengan Yusry), Bermula Detik Ini dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian). 

Filem: 
Sembilu dan Sembilu 2 (1994 & 1995)
Maria Mariana dan Tragedi Oktober (1996)
Gemilang (1997) 
Maria Mariana 2 (1998)
Pasrah dan Soal Hati (2000) 
Gerak Khas The Movie dan Putih (animasi) (2001)
Mr Cinderella dan Soalnya Siapa (2002), 
Gila Gila Pengantin, Janji Diana, Cinta Kolestrol, Mr Cinderella 2 dan MX3 (2003)
Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa, Tujuh Perhentian dan I Know What You Did Last Raya (2004)
Potret Mistik, Sembilu, Lady Boss, Gila Gila Pengantin Popular dan KL Menjerit 1 (2005) 
Castello dan Pesona Non Grata (2006)
Qabil Qusyry Qabil Igam (2007)
Cuci, Anak, Los Dan Faun (2008) 
Sifu Dan Tongga (2009) 
Andartu Terlampau - 21 Hari Mencari Suami (2010)

Drama: 
Siapa Mau Potong Baju?, Joe & Faridah, Bonanza, Cinta Lelong, Mertua VS Menantu, Kasih Tercipta, Mertua VS Menantu 2 dan 30 Hari Mengenal Cinta





02. ZIANA ZAIN




Nama : Siti Roziana bte Hj. Zain  
Ketinggian : 5' 3" 
Tarikh Lahir : 2 Mei,1968 (Taurus) 
Tempat Lahir : Kampung Merlimau,Melaka 
Status Keluarga : Anak sulung daripada 5 beradik 
Hobi : Memasak
Filem Kegemaran  : Kesemua filem lakonan P Ramlee 
Warna Kegemaran : Warna pastel  
Penyanyi kegemaran : Whitney Houston,Anita baker
Pelakon kegemaran : P Ramlee, Normadiah, Julia Roberts 

Masakkan kegemaran : Sambal tumis, masak lemak cili padi 


Anugerah:
Penghibur No 1 Asia
Penyanyi Wanita Popular
Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular
Penghibur TV Wanita Popular
Artis Paling Popular 95
Vokal Wanita Terbaik AIM 96
Artis Paling Popular 96 (Singapura)
Anugerah Khas Seni Budaya
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (ASDBP'97) 
Pelakon Filem Wanita Popular (ASDBP'97) 
    Filem:
    Sembilu I & II
    Maria Mariana
    Merah


    03. AYUMI HAMASAKI




    Nama : Ayumi Hamasaki a.k.a. Ayu
    Tarikh Lahir: 2 Oct 1978
    Tempat Lahir : Fukuoka Prefecture
    Bintang : Libra
    Jenis darah : A
    Tinggi : 156 cm
    Berat : 40kg

    Filem
    * Distance Love (Kyo Ai)
    * Twins Teacher (1993)
    * Battle Spirits Ryûko no Ken (1993)
    * Sumomo mo Momo (1995)
    * Miseinen (1995)
    * Ladys Ladys!! Soucho Saigo no Hi (1995)
    * Like Grains of Sand (1995)
    * Gakko II (1996)
    * Tsuki ni Shizumu (Sinking Moon) (2002)


    Konsert:
    * 2000: Ayumi Hamasaki Concert Tour 2000 Vol.1
    * 2000: Ayumi Hamasaki Concert Tour 2000 Vol.2
    * 2001: Ayumi Hamasaki Dome Tour 2001 A
    * 2002: Ayumi Hamasaki Arena Tour 2002 A
    * 2002: Ayumi Hamasaki Stadium Tour 2002 A
    * 2003–2004: Ayumi Hamasaki Arena Tour 2003-2004 A
    * 2005: Ayumi Hamasaki Arena Tour 2005 A: My Story
    * 2006: Ayumi Hamasaki Arena Tour 2006 A: (Miss)understood
    * 2007: Ayumi Hamasaki Asia Tour 2007 A: Tour of Secret
    * 2008: Ayumi Hamasaki Asia Tour 2008: 10th Anniversary
    * 2009: Ayumi Hamasaki Arena Tour 2009 A: Next Leve

    Album studio:
    * 1995: Nothing from Nothing (Mini album pra-Avex)
    * 1999: A Song for XX
    * 1999: Loveppears
    * 2000: Duty
    * 2002: I am...
    * 2002: Rainbow
    * 2003: Memorial Address (album mini)
    * 2004: My Story
    * 2006: (Miss)understood
    * 2006: Secret
    * 2008: Guilty
    * 2009: Next Level
    * 2010: Rock 'n Roll Circus

    Album kompilasi:
    * 2001: A Best
    * 2003: A Ballads
    * 2007: A Best 2 (White/Black)
    * 2008: A Complete: All Singles



    04. SITI NURHALIZA



    Nama Penuh Siti Nurhaliza Binti Tarudin
    Tarikh Larir : 19 Jan 1979 
    Tempat Lahir : Pahang
    Bangsa : Melayu
    Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
    Kerjaya : Model, Penerbit Filem, Penyanyi, Penulis
    Kemahiran : Berlakon, Model, Menyanyi

    PENCAPAIAN(1996-2006)
    - Anugerah 6 Platinum Album Aku Cinta Padamu 1997
    - Anugerah 5 Platinum Album Cindai 1997
    - Anugerah 4 Platinum Album Adiwarna 1998
    - Anugerah 2 Platinum Album Pancawarna 1999
    - Anugerah 2 Platinum Album Sahmura 2000
    - Anugerah Gold Platinum Album EMAS (Indonesia) 2003
    - Anugerah 2 Platinum Album Transkripsi
    - Anugerah Platinum Album Konsert Live di Albert Hall
    - The Malaysia Book Of Records – Artis Paling Banyak Menerima Anugerah
    - Terpilih sebagai Duta Muhibbah PBSMM selama 2 penggal
    - Terpilih sebagai jurucakap/model iklan Maybelline New York 1999/2000/2001/2002/2003
    - Terpilih sebagai model telefon bimbit edisi terhad Mitsubishi Trium 2000
    - Terpilih sebagai model Nippon Wiper Blade 2001
    - Duta Yayasan Jusco (With All Our Heart) 2002-2009
    - Jurucakap produk Olay (2006-2008)
    - Jurucakap produk Pantene (2006-2008)
    - Dikurniakan Darjah Kebesaran Keempat Negeri Pahang – Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan Setia Ahmad Shah Pahang (SAP)
    - Dikurniakan Paduka Mahkota Perak (PMP)
    - Dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM)
    - Dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (membawa gelaran Dato’)
    - Dilantik sebagai ‘PUTERI SETEM MALAYSIA’ oleh Pos Malaysia Berhad
    - Terpilih sebagai Duta TMnet 2002-2003
    - Terpilih sebagai jurucakap kamera Minolta 2003
    - Terpilih sebagai Duta Samsung 2004
    - “Wannabe” Award (2004) – Nickoledeon Kid’s Choice Awards 2004
    - Terpilih sebagi Duta Maxis – Hotlink (2004)
    - Bestbrands Malaysian Personality Of The Year Award (2005) – Bestbrands Council
    - “Wannabe” Award (2005) – Nickoledeon Kid’s Choice Awards 2005
    - Tokoh Karyawan Usahawan Muda (2005) – Universiti Sains Malaysia
    - Anugerah Sri Kandi Seni oleh UMNO Bahagian Maran, Pahang Darul Makmur.
    - Malaysia Book Of Records (Artis Pertama Membuat Konsert Solo Di Royal Albert Hall, London)



    05. NORA DANISH



    • Nama: Nora Danish Mohd Hanif
    • Commercial Name: Nora Danish
    • Tarikh Lahir: 7 Mac 1982
    • Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu
    • Highest Education: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)
    • Profession: Actress, Model
    • Status: Divorce
    PENGALAMAN & PENGLIBATAN
    SITCOM/DRAMA/SERIES
     
    - Puteri (TV3)
    - Misi XXRay (TV3)
    - Pendekar Melayu (TV9)
    - Agent 016 DiGi (TV3)
    - Bong (TV9)
    - Car Wash Girl (Astro Ria)
    - Bila Mama Pakai Celana (TV3)
    - Tiga Serumah (ASTRO)
    - Sumpah Bunian (TV3)
    - Menanti
    - Arjuna (TV3)

    - Ana Lu'Lu (TV3)
    - Salon (Astro)
    - Putera Katak (TV3)

    FILEM
    - Gila-Gila Pengantin Popular
    - Senario Pencarian Harta Karun Yamashita
    - Jangan Pandang Congkak 2
    - Cuti-Cuti Cinta
    - Seru
    - Hantu Bonceng

    PENGACARAAN
    - Bolly 10 (Astro)
    - i-Glam (TV9)








    Wednesday, September 7, 2011

    One, Two, Three, Four, Five gelaran mereka :)

    NEWs of mine :
    Alhamdulilah..on 18th August 2011, mysweetheart (cinta) selamat melahirkan anak sebanyak 5 ekor..punya lah yna happy sangat nampak anak-anak cinta n mimi..haha.ari tu seminggu yna tiada d keningau, sekali yna balik je...masyAllah...semua anak-anak rabbit yna dah besar..bulu pun lebat uda..comel-comel belaka.Air mata yna pun mengalir dengan deras..haha..bukan sedih pasal apa, yna cuma rindu dengan rabbit yna..

    Beliau yna ckp ada orang nak beli rabbit yna...hoho..Terkejud yna dengar..heee.yna lum ready lgi nak jual anak-anak sweetheart yna ni..cian pula yna tengok.dah lah susah-susah cinta melahirkan anak-anak dia..suka hati je nak beli anak-anak cinta.ingat senang ke?hoho..yna X sampai hati lah yna jual..yna suka nampak anak-anak rabbit...selama ni yna jaga cinta & mimi dengan baik..sihat walafiat lgi.haaa..begitu jua ngan anak-anak dorg nanti..yna akan jaga sebaok mungkin..hihi.InsyAllah.

    Okey..yna dah bagi nama kat anak-anak sweetheart yna..hihi..payah sangat nak cari nama dorg ni sebenarnya..untuk memudahkan keja yna, yna letak nama dorg dengan menggunakan nombor..but in English..One, Two, Three, Four & Five nama-nama anak rabbit yna.hihi..ok lah tu kan..yang penting ada nama.hehe.skrg yna nak kongsi bersama dengan kalian semua gambar koleksi anak-anak sweetheart yna..hehe.semoga mereka juga akan hidup dalam keadaan sihat sejahtera seperti mana kehidupan ibu bapa mereka.AMIN~ 














    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...