✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Friday, November 25, 2011

~ Aku Bukan Tomboy ~


Jeng..jeng..jeng. keluar je filem ne kat Pawagan, keesokan nya yna dengan member yna pergi nonton.hehe. Best cerita ne. Romantik komedi >.< Jika sebelum ini, pengarah & produser muda Syamsul Yusof sudah dikenali dengan filem-filem berbentuk aksi seperti Evolusi KL Drift dan Bohsia namun berlainan pula dengan genre filem arahannya kali ini. Buat pertama kalinya Syamsul menyahut cabaran daripada ayahnya yang juga merupakan seorang pengarah dan produser, Datuk Yusof Haslam untuk membawakan sebuah filem komedi romantik, Aku Bukan Tomboy.

Menurut Syamsul, filem Aku Bukan Tomboy ini bukan sahaja membongkar isu wanita tomboy malah isu pengkid yang menyimpan hati kepada kaum sejenisnya. "Memang sebelum ini kita dah banyak lihat filem yang memaparkan isu tomboy dalam filem mereka. Namun untuk filem ini, saya akan membongkar bagaimana perasaan pengkid itu apabila mereka benar-benar jatuh cinta pada kaum sejenis mereka. "Dalam cerita ini, ada sekumpulan pengkid cuba memikat Scha yang memegang watak tomboy. Terus-terang saya katakan anda pasti anda akan terkejut dengan penampilan Zarina AF kerana ia sangat berbeza daripada diri sebenar Zarina,"kata Syamsul. Walaupun watak Scha sama seperti watak tomboy yang pernah dibawakannya sebelum ini, Syamsul menegaskan bahawa akan ada kelainan dengan penampilan Scha kali ini.

Selain Scha Al-Yahya dan Harun Salim Bachik filem ini dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Shaheizy Sam, Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina serta Syamsul sendiri.

Sinopsis Filem:

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.






No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...