✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Wednesday, January 11, 2012

Hari Pertama Bersama murid-murid ku!

Assalamualaikum,

Firstly yna panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana membeli rezeki kepada yna untuk menjadi seorang guru. AKHIRNYA! Tambah yna happy lagi, tadika tempat yna mengajar sekarang merupakan sekolah tempat yna pernah sekolah dulu. Ya Allah, akhirnya yna kembali jua ke sekolah lama yna. Siapa sangka kan? hehe.

Gelaran TEACHER! Akhirnya yna perolehi jugak. Syukur Alhamdulilah sekali lagi yna ucapkan. Kat sekolah yna kena panggil teacher Dayang! oh >.< betapa terharunya yna kena call teacher Dayang!! Menjadi seorang warga didik adalah salah satu impian yna. Betul cakap oarang tua yna, rezeki ada kat mana-mana. Tuah kita sendiri kita tidak tau di mana, begitu jugak dengan nasib kita. Inilah yg dinamakan REZEKI dari Allah swt.

Hari ini adalah hari pertama yna mengajar, masyAllah... pelbagai ragam budak-budak yg yna jumpa. Yna mengajar di bilik darjah 5 tahun. Macam-macam karena yna temui. Pening kepala yna. Tapi apa kan daya, dah menjadi tugas & tanggungjawab yna sebagai seorang guru. hehe. Walaupun begitu, yna tetap gembira melayan karena murid-murid yna. Yna suka kepada kanak-kanak, maklum lah anak buah yna ada 27 orang..hehe. Apa tidak nya, biasa dah layan perangai budak-budak ne.

Masih ada lagi murid-murid yna yg kuat sangat menangis. huhu. Tidak mau berpisah dengan parents mereka. Pelbagai tektik untuk yna diamkan mereka.. Ha, dengan bawa mereka pergi tandas baru lah diam, rupanya mau main air.. Ish3x, pelik kan. Adalah yg makan time belajar, belum time rehat lagi sudah curi-curi makan.. Yna tersenyum melihat gelagat murid-murid yna.

Ok lah, insyAllah.. andai yna punya waktu, yna akan sampaikan berita terbaharu mengenai yna. Sampai di sini saja pertemuan kita. Nanti yna take picture dulu ok, tadi kat school tidak sempat take picture. hehe. Orait guys, sehingga ketemu lagi. wasalam. xoxo

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...