✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Tuesday, February 21, 2012

Kenapa Saya Perlu Menulis Blog?




22hb Februari 2012 :
Assalamualaikum kalian semua..


Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut lagi mengenai Tajuk Blog yang akan saya bahaskan kali ini "kenapa saya perlu menulis blog", suka saya ungkapkan sebuah pantun sebagai pembukaan :


assalamualaikum bermula kata~ 
sebagai pembuka awal bersua~ 
sudah lama tak bertegur sapa~ 
apa kabar sahabat semua nya ?

Berbalik kepada tajuk blog saya pada kali ini, KENAPA SAYA PERLU MENULIS BLOG?. Agak-agaknya kenapa ek? Pada masa-masa dahulu, diari adalah teman rapat saya. kerap menulis pada waktu malam sebelum lelapnya mata. Tetapi, pada era yang kian moden kini, menulis diari saya gantikan kepada nenulis blog. Dengan adanya blog, saya mampu berkongsi segala-galanya kepada rakan pembaca. Baiklah, apabila anda mula membaca ayat pertama dalam blog saya yang terdahulu, pernahkah anda tertanya-tanya apa yang buat anda baca tulisan saya ini? Mungkin anda tidak pernah terfikir perkara itu kerana apa yang anda tahu, anda cuma rasa mahu baca dan terus membaca. Betul tidak?

Ada orang baca blog sebab mahukan hiburan dan ‘membunuh masa’. Sebab itu ada orang suka baca blog makanan, blog hiburan, blog fesyen, atau pun blog gaya hidup dan sebagainya. Jika anda perhatikan betul-betul, anda akan perasan blog ini bukan sama sekali blog makanan, bukan blog politik, bukan juga blog fesyen mahupun blog pelancongan. Blog ini adalah blog yang berkisarkan tentang diri saya. Pendek kata ini adalah blog peribadi saya. Segala aktiviti, perkembangan diri, pengalaman peribadi, luahan rasa, perkongsian ilmu, serta penghibur hati  kepada pembaca semuanya saya selitkan dalam blog saya ini. Maka kerana itulah, Nama Blog saya "Queen Ayumieyna's Life". Segala tentang diri saya ada dalam blog ini.

Apabila saya menulis juga, timbul rasa jujur dalam diri saya, terluah apa yang terpendam dalam diri. Sebab itu, untuk masa mendatang, tulisan saya akan jadi mendalam dan sedikit sebanyak ia merupakan cerminan kepada perkara-perkara yang saya fikirkan. Jika kadang-kala anda rasa tidak senang, mungkin ia sebenarnya membuatkan anda berfikir tentang apa yang anda percayai selama ini.
Antara kisah yang terkandung dalam blog saya :
Pengalaman peribadi
Terkadang dari hari-hari yang kita lalui ada suatu hari yang benar-benar berbeda. Misalnya anda tiba-tiba mendapat tawaran pekerjaan yang selama ini anda impikan. Terasa gembira di ruang dada, bibir tersenyum hingga ke telinga. Saya yakin, anda ingin menceritakannya ke teman-teman anda, atau juga kepada keluarga di rumah, atau siapapun kerana anda merasa pengalaman yang bakal anda perolehi itu tidak semua orang lain boleh merasakannya.

Kalau kita menulisnya, pasti akan lebih banyak yang tahu. Kita boleh menyebarkannya di jejaring sosial yang saat ini banyak penggunanya. Dengan cara penulisan sepeti ini, segalanya akan tercatit dan ianya akan kekal lama menjadi bahan bacaan buat santapan setia pembaca. Kebaikannya, blog yang kita buat boleh dikongsikan pada laman sesawang lain seperti Facebook, Twitter, Tagged, Emel dan sebagainya.

Perkongsian ilmu
Perkongsian ilmu ini luas maksudnya, tetapi apa yang ingin saya bahaskan adalah mengenai pengalaman serta pengetahuan yang telah saya perolehi tidak kira lah apa juga jenis ilmu sekali pun. Point ini amat penting bagi saya. Jujur saya katakan, saya bukan seorang yang tamak ilmu. Walaupun sedikit saya perolehi pasti saya akan kongsikan bersama rakan-rakan sepejuangan saya, keluarga mahupun rakan blogger. Sebagai contoh, saya sebenarnya gemar mencipta pantun-pantun dalam blog, tidak kira lah pantun jenis apa, pasti saya kongsikan dalam blog saya. Dengan cara ini, saya mampu menarik hati pembaca untuk mengunjungi blogger saya sekaligus sudi menjadi rakan blog. 

Luahan Hati
Nah.. kita juga dapat meluahkan segala isi hati kita dalam blog . Mungkin ada satu hari dimana kita sedang banyak pikiran, atau banyak masalah, terlalu berat bahu untuk memikul masalah yang dialami. Dengan meluahkan apa yang sedang dihadapi, tidak salah untuk kita berkongsi bersama rakan-rakan dalam blog dalam bentuk penulisan. Siapa tahu ada di antara pembaca yang pernah mengalami hal sama dan boleh memberikan jalan penyelesaian yang tepat buat kita. Tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut pun tidak apa, mendapat nasihat serta meluahkan isi hati sudah memadai bagi saya.


Luahan hati bukan saya sengaja untuk memberi tahu satu dunia mengenai masalah yang saya alami, tetapi ini adalah cara bagaimana hendak mengurangkan tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh tekanan selepas menduduki peperiksaan di sekolah. Untuk mengurangkan segala tekanan dengan cara luahkan segala isi hati adalah jalan yang terbaik. Itulah lumrah manusia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari masalah. Betul tidak? Tidak kira apa juga jenis masalah, pasti kita akan rasa sedikit tekanan.

Penghibur Hati Pembaca
Pernah kah anda semua mengunjungi blog yang isinya cerita-cerita lawak, blog berunsurkan agama, puisi, pakar motivasi, dan sebagainya? Saya pernah, sering malah. Kebanyakan mereka penulis yang sudah membuat buku seperti Dato' Dr Haji Mohd Fadzila Kamsah, Ustaz Pahrol Mohd Joui, Hilal Asyraf, dan lain-lain lagi. Dengan membacanya cukup membuat saya terhibur dan sesaat menjadi tokoh dalam cerita tersebut. Nah, tulisan kita pun boleh menjadi penghibur kepada pembaca meskipun itu puisi, bentuk lain ataupun jenis blogger seperti blog saya. Menurut saya terhibur tidaknya seorang pembaca tergantung bagaimana dia melihatnya dari sisi apa, dan bagaimana cara kita menyampaikannya.

Alhamdulilah, sebentar tadi saya telah pun mengulas beberapa alasan kenapa saya perlu menulis blog. Harapan saya, kita boleh saling bertukar idea-idea yang bernas dengan tulisan-tulisan kita. Selamat menulis dan semoga selalu dapat menghasilkan tulisan yang bermanfaat. Saya menulis untuk manfaat anda, pembaca saya. Orang yang paling penting dalam blogger saya.


~SEKIAN~

6 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...