✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Sunday, April 14, 2013

PERKAHWINAN bukan suatu yang mudah


“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dan cenderung kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". 
                                                                                                                                   
(Al-Quran, Ar-Ruum 30: 21)

INGAT! PERKAHWINAN BUKAN BENDA MAIN-MAIN

Apa khabar para bakal pengantin semua? Adakah anda masih tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan setelah perkataan keramat "KAHWIN" diucapkan? Tidak kiralah daripada mulut kekasih anda ataupun Ibu atau bakal Mak Mentua anda. Adakah anda akan lari dan memberikan banyak alasan? Atau fokus dan nekad meneruskan hajat di hati bagi mengelakkan kekasih anda terlepas di tangan orang lain? Gerbang perkahwinan merupakan satu peringkat yang dinanti-nantikan oleh setiap individu. Satu Persediaan Minda dan Kerohanian. Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri. Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting, begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, menguruskan sumber (masa, wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan. Selain itu, Persediaan Fizikal Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual. Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan, kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung. Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun. Tambahan lagi, persedian ekonomi tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri. Dan yang terakhir ialah Persediaan Sosial Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua pihak.Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan. Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing.




p/s :: Terang lagi bersuluh. PERKAHWINAN adalah gerbang yang di impikan oleh setiap pasangan. PERKAHWINAN juga bukan benda yang boleh dimainkan. Persiapan yang lengkap perlu ada dalam diri setiap pasangan. Jelas sekali, majlis perkahwinan merupakan antara hari yang paling penting dalam hidup anda. Merancang impian seharusnya pengalaman menyeronokkan, mengembirakan, dan PALING penting, TIADA stress! Tetapi, realitinya jauh berbeza… anda akan rasa tertekan dengan 1001 perkara-perkara kecil yang SANGAT memeningkan semasa membuat perancangan ini.

IKHLAS DARI DG HASLINAH HJ TALIP 


No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...