✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Thursday, August 18, 2011

Salam Aidilfitri & Selamat Hari Merdeka Dari ku

Berita : 
Cerita Pada 31 ogos 2010 ~

Mesti anda semua tertanya-tanya bukan, ha... ni yna nak share dengan u all... Pada tahun lepas 2010, yna mewakili kelas Ekonomi untuk menyertai pertandingan FASHION SHOW sempena hari kemerdekaan yang berlangsung di skul yna..DEWAN SUPER CEMERLANG smk keningua 2. Partner yna dengan rakan sekelas jua iaitu Ardy Arshad.. Alhamdulilah, Kami menang dalam show tersebut... cewaaaah, terus famous satu skul..hahaaa. adik-adik dari form 1 pun kenal dengan yna & ardy.. apa tidak nya, 1 dewan tengok kami..hihi. Btw, thanks 4 everything.. Semoga anda enjoy membaca ruangan yna ini ;-)


Yna : Queen of Fashion Show National Day at School


YNA & ARDY winner ~ Queen & KING 


gambar kenangan wif my teacher : SIR ASRIMAN & SIR KASIMIN


MORE of year 2011


MERDEKA 7x!


INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,
Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.
Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,
Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,
Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.
Anak-anak bumiku tercinta,
Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,
Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.
Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,
Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.
Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,
Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.



Assalamualaikum saudara-saudaraku,
Alhamdulilah..Ramadan sudah di hujung hari. Mudah-mudahan ia tidak di penghujung hati. Ia sentiasa hidup untuk baki hari seterusnya. Untuk pengunjung Gentararasa, yna ucapkan syukran jiddan kepada semua yang telah mengingati dan mendoakan yna.hehe. Yna juga akan sentiasa mendoakan anda semua. Apa lagi yang kita harap sesama manusia jika tidak doa dan nasihat? betul tidak? 
Ha, ni yna nak tanya.. baju raya dah siap ke?? Hahahaaa.. baju raya yna tahun ni ada 3 pasang.. Coklat, Merun, & Pink + Hitam. Yna tidak sabar guna baju-baju raya yna.. Kasut pun dah beli... korg dah ke? Owh ya, biskut raya korg beli tau buat sendiri?? hihi.. Yna buat biskut jua..hihi.. nanti yna upload gambar- gambar biskut yang yna buat ok. Baik lah kepada semua yang mengenali yna... DATANG BERAYA kat umah yna kalau sudi, raya pertama tau.. yang beralamat KG. DUROK VILLA KENINGAU SABAH. 
Dengan ini, yna tinggalkan puisi untuk tatapan kalian. Semoga terhibur yah ;-)
TAKUT & HARAP DI AIDIL FITRI
Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ummah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan
Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!
Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!
AMIN~

yna bangga jadi rakyat Malaysia

Dg Haslinah Ag Talip



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?874583fc2eaa0e2ecb31ef1803765246

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...