✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Thursday, August 25, 2011

SEMUA TELAH DIATUR OLEH-NYA

Assalamualikum penghuni sekalian alam :)


♔ perjalanan peta hidup kita


Apa agaknya yang ingin yna kongsikan bersama anda semua? ha kali ini yna ingin memaparkan kisah hidup manusia iaitu - Perjalanan Peta Hidup Manusia
Mungkin kita diluar sana sudah banyak kali melihat gambar diatas, dan barangkali kita telah pun melupakannya. Apabila kita melihat peta hidup kita, bermula dari alam roh hingga ke alam mahsyar, pelbagai alam bakal kita tempuhi. Namun, pernah kah kita terfikir, rahsia disebalik perjalanan diri kita? pernah kah terlintas difikiran anda untuk kembali kepangkal jalanNya? 
yna selalu ingat akan bait2 Hadis yang diriwayatkan Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak, iaitu : 


Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: mudamu sebelum tuamu,sihatmu sebelum sakitmu ,kekayaanmu sebelum kemiskinanmu , waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu~ 


♔ Dg Halinah Ag Talip


♔ y.n.a  b.e.r.t.u.d.u.n.g  SELAMANYA

Alhamdulilah, bulan ramadhan telah memberi yna hidayah untuk menutup aurat. yna bersyukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi. Jujur yna katakan, sekarang yna rasa benar-benar tenang. dalam keadaan yna bertudung, yna merasa seolah-olah lebih dihormati oleh orang ramai, setiap tutur kata yna menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri yna menjadikan yna begitu dikagumi.

Yna yakin, yna belum terlambat untuk kembali kepangkal jalan..yna percaya, Allah swt telah menyediakan pelbagai ujian untuk yna tempuhi ketika nyawa yna masih lagi bernadi.. Yna terlalu takut dengan Azab Allah kelak. Yna bersyukur kerana Allah telah memberi peluang untuk yna perbaiki segalanya. Alhamdulilah, ke-2 orang tua yna nampak begitu gembira dengan perubahan yna..Yna akan Kekalkan UNTUK SELAMANYA. Evenpun ketika umur yna 20 tahun baru tergerak hati yna untuk memakai tudung, namun..yna yakin bahawa peluang untuk yna berubah ADA. Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa kita dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa kita dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari? 

Cuba kita tanya diri kita, rasailah hati kita sebenar-benarnya, apa yang abadi dalam hidup kita di muka bumi ini? Adakah harta, pangkat menjadi tujuan kita sebenarnya di bumi ini?
Renungkan sejenak
...

Sering kali yna melihat, kita selalu lari dari peta hidup kita sendiri. Setiap dari kita mempunyai jalan yang baik dan lurus kearahNya, tapi kita juga yang memilih untuk keluar dari jalan peta tersebut.Jika kita menghadapi dugaan di perjalanan peta kita, kita meraung menyalahkan takdir yang menimpa atas diri kita. Kita lemah untuk mencari mana satu tempat yang perlu kita pegang selama ini. Lalu tercalar sedikit keihklasan kita kepada Allah swt.


Hari demi hari berlalu, kita berjalan beribu-ribu meter di permukaan bumi, tapi adakah kita benar-benar berjalan atas muka bumi ini kerana Allah? Ataupun kita berjalan di atas muka bumi ini kerana kita mahu menjadi kaya, duit yang banyak, pangkat yang tinggi atau kehormatan disisi manusia? Fikirkan wahai teman..Kadang kala kita ibarat manusia yang mengambil bintang di langit lalu dilekatkan di atas bahu kita. Menuhankan kemuliaan di sisi manusia lalu ditinggikan dada ketika berjalan. Mungkin kita lupa, mana satu arah kita. Benarkah kita menuhan Allah swt di muka bumi ini atau kita sendiri yang menuhankan kejayaan duniawi?

Ramai orang menyangka, gelaran Doktor itu membawa kita kepuncak bahagia.Ramai orang menyangka, mahasiswa universiti itu amat mulia.Dan ramai orang menyangka, ketika kita shopping sehelai pakaian berharga RM1000 ringgit itu pasti akan membahagiakan tubuh yang memakainya.Lalu ketika itulah, orang-orang ramai yang menyangka perkara itu menjadi silap di arah tujuan hidupnya hingga menjadi hamba abdi kepada syurga duniawi yang sudah kita tahu ianya hanya sementara.

Cuba kita lihat semula gambar diatas, kiralah dengan calculator anda, berapa lama lagi kita akan menempuh saat kita dipisahkan dari alam dunia ke alam barzakh? Kiralah untuk hidangan diri sendiri dan bukan kerana orang lain menyuruh kita. Bayangkan lah bagaimana kita akan menghadapi alam barzakh itu sendiri. Fikirkan...

Kemudian, kita ingat kembali, segala doa yang kita pohonkan kepada Allah swt.
Berapa kali kita sering meminta, "ya Allah, berilah aku rezeki, pangkat dan harta, kejayaan untuk digegami".
Tapi berapa kali pula kita meminta supaya kekal dalam kecintaan kita kepada Allah swt. Berapa kali cuba kita ingati?Kita terlalu taksub dengan kejayaan duniawi sehingga kita sendiri leka memohon agar diteguhkan kecintaan kita kepada Allah swt. Tahukah anda semua, Allah swt tidak sekali-kali meninggalkan hamba-hambaNya yang mencintaiNya dikala susah mahuppun senang.

Tapi kecintaan duniawi pasti akan meninggakan kita diwaktu kita sukar dan mengambil kesempatan dikala kita kesenangan.
Adakah kita telah menyembelih kecintaan kita kepada duniawi? Janganlah kita mendabik dada ketika berjalan kerana dunia ini bukan kita yang punya. Kita hanya meminjam kepada Pemiliknya sahaja dan janganlah engkau merayu selain daripada Pencipta kita sahaja.Ingatlah wahai saudara-saudara ku, setiap kurniaan yang Dia berikan kepada kita pasti dipersoalkan di akhirat kelak.



TNGATLAH HADIS lima perkara sebelum lima perkara!! 
Lima hal itu merupakan inti misi dan visi hidup manusia, keranna kunci kesuksesan itu terletak pada bagaimana kita “mempergunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya”.
Mempergunakan kesempatan adalah bentuk pasrah pada upaya & usaha, bukan pada hasil. Prinsip pasrah pada upaya & usaha akan membentuk jiwa yang teguh, tegar, kuat, dan tidak mudah putus asa. Bila suatu saat upaya kita belum menghasilkan target yang kita harapkan, maka kita tidak lantas putus asa, karena kewajiban kita adalah berupaya. Berupaya dan berupaya.
SEKIAN..wasalam

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...