✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Thursday, September 29, 2011

KURSUS HAJI PERDANA PERINGKAT NEGERI SABAH 2011

Assalamualaikum para sahabat yang dekat mahupun jauh..
Kali ini yna nak kongsi bersama-sama anda semua pengalaman yna semasa bermalam di Masjid Negeri Kota Kinabalu Sabah pada 24 - 25hb September 2011 bersamaan hari sabtu & ahad. MasyAllah, ramai sangat saudara-saudara islam yang yna temui..pelbagai lapisan umur. Alhamdulilah, Bapa & mama yna selamat menghabiskan Kursus Haji Perdana bagi peringkat negeri sabah tahun 2011. Yna sempat berkenalan dengan Mak cik- Mak cik pelbagai bangsa dari seluruh daerah di negeri sabah ni..

Sepanjang kursus dua hari berkenaan, para peserta dihidangi dengan ceramah bertajuk ‘Falsafah dan Haji Mabrur’, ‘Taklimat dan Praktikal Ibadah Haji’ (wukuf, mabit di Muzdalifah, Mina dan melontar serta tahallul awal) juga; ‘Taklimat Tawaf, Saie dan Tahallul’.Menariknya para peserta juga dilatih dengan sesi praktikal seperti tawaf dan saie dengan berpakaian ihram di perkarangan Masjid Negeri Sabah dalam suasana hujan renyai-renyai mengikut nombor maktab masing-masing. Pada pagi ahad, para peserta dibimbing dengan ibadah qiyamullail bimbingan. Qiyamullail adalah ibadah yang sewajarnya tidak diabaikan oleh jamaah haji baik sama ada di Makkah atau di Madinah. Justeru bimbingan yang diberikan oleh para ustaz sebenarnya amat berguna kepada semua.

Pada malam tu, yna tidur kat bilik mesyuarat dalam masjid.. air mata yna mengalir dengan tiba-tiba.. Pasal apa? huhu. hati yna tersentuh dengan kemunculan seorang wanita tua yang agak nyanyuk.. Umur nya lebih kurang 80 tahun. yna nangis nampak wanita tua itu, dia langsung X ingat d mana dia letak bagasi yang dia bawa.. sungguh kecian yna tengok. then, ada kakak tu tolong dia pegi cari bagasi dia d tingkat atas. Anak-anak nya pun tiada bersama-sama dia..sudah tu dia berjalan agak tempang-tempang & bongkok..yna tolong wanita tua tu masuk bilik air, yna takut dia terjatuh, faham-faham je lah, licin sangat kat bilik air tu..apa-apa je boleh berlaku.

Pada tengah malam kira-kira jam 1.00am wanita tua tu balik sendiri d dalam bilik mesyuarat tempat yna & mama tidur..rupa-rupanya bagasi yang wanita tua tu cari ada dalam bilik tersebut.. SubahanAllah, bagaimana kah keadaan nya bila d tanah Suci nanti. air mata yna sekali lagi mengalir. WHY anak-anak dia tidak follow & temankan dia sepanjang kursus tu berlangsung? hati yna betul-betul tersentuh. Syukur alhamdulilah, yna senang hati coz dapat temankan mama & bapa sepanjang kursus tersebut berlangsung. yna happy sangat. Semoga Allah permudahkan urusan & perjalanan Bapa & mama. i L.O.V.E so much my dad & mum. 100%!!
Jom Tengok Koleksi Gambar Yang Sempat Yna ambil..jom2 :











" DIA LAH YANG MENJADIKAN MATAHARI BERSINAR
&
MENJADIKAN BULAN BERCAHAYA "

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...