✿ Followers ✿

✿ thanks all ✿

Sunday, June 17, 2012

ULANG TAHUN AYAHANDA HAJI TALIP HAJI MD JAI KE- 72

Pada 13hb Jun 2012, tarikh ulang tahun ayah aku yang ke- 72. Pertama sekali saya dan keluarga panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T.. kerana izin dari Nya ayah aku masih dalam keadaan kuat dan sihat walafiat. Setiap kali aku sujud, aku akan sentiasa doakan “Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.” Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah.. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan didunia ini. Ayah, bonda ampunkanlah dosa-dosa anakmu. AMIN~








SELAMAT ULANG TAHUN AYAHANDA HAJI TALIP

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin ~

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...